Mahathir Gesa Zahid Berundur

12 September, 1998

PM Mahathir Mohamad menggesa Datuk Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan, Zahid menggunakan strategi yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk memutuskan kedudukan beliau.

Zahid bersama empat lagi Exco Pemuda telah dituntut meletak jawatan kerana dilihat berpihak kepada Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan daripada UMNO pada hari berikutnya kerana dikatakan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral, rasuah dan mengkhianati negara.

Pemecatan DSAI telah memulakan perpecahan orang Melayu secara besar-besaran. Ramai tokoh-tokoh terkemuka yang menyatakan simpati mereka di atas pemecatan itu secara serta merta dan komited untuk menyokong DSAI walau apa pun terjadi. Antaranya ialah Setiausaha Sulit beliau Azmin Ali, Ruslan Kassim, Rahim Ghouse, Hamdan Taha, Dr. Hassan Ali, Datuk Dr. Harun Din, dan lain-lain.