Dr. Munawar Dihukum Penjara

19 September, 1998

Seorang rakyat Pakistan Dr Munawar A. Anees hari ini dihukum penjara enam bulan setelah tekanan yang memaksanya  mengaku bersalah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya.

Mahkamah sesyen memerintahkan Munawar, 51, seorang perunding dengan syarikat Real Mild Sdn Bhd, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap semalam.

Tuduhan ke atas beliau adalah seperti berikut:

''Bahawa kamu dalam bulan Mac 1993 pada sebelah malam di No. 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam jubur kamu dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.''

No. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, ialah kediaman persendirian Anwar. Beliau berpindah ke rumahnya itu selepas dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 Sept atas dakwaan salahlaku seksual.

Beliau dipecat dari Umno sehari selepas itu.

Dalam satu ceramah kepada penyokongnya empat hari lepas, Anwar mengakui Munawar sebagai seorang ''rakan.''. Munawar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari Selasa.


Pakatan Anwar - DAP gerunkan Mahathir

PM Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan diri dengan DAP sebagai bukti jelas bahawa bekas timbalannya itu hanya mengutamakan diri sendiri dan tidak sayangkan UMNO serta masa depan orang Melayu.

Menurut beliau, sekiranya para penyokong bekas timbalannya itu ahli yang taat kepada UMNO, mereka pasti akan meninggalkan Anwar selepas menyedari sikap pemimpin itu bersekongkol dengan DAP.

Mahathir juga membangkitkan tentang kegiatan mengadakan perhimpunan pada setiap malam anjuran Anwar yang dianggapnya satu perbuatan yang jelas menyalahi undang-undang. Mahathir perkuda institusi polis dengan kata-katanya, undang-undang menetapkan setiap pertemuan lebih lima orang memerlukan permit polis, tetapi Anwar sengaja membelakangkan undang-undang dan sebaliknya mencabar polis.

Beliau menjelaskan, jika dilakukan, ia akan memberi kelebihan kepada salah seorang daripada mereka sebagai pemimpin pilihan.

Tambahnya, apa yang boleh dilakukan ialah kedua-dua naib presiden menjadi pengerusi bersama jawatankuasa itu dengan keputusan muktamad mengenainya tertakluk pada MT.


Anwar cabar PM letak jawatan

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatannya sekiranya beliau sudah tidak mahu mendengar nasihat orang lain.

''Sekarang, Anwar Ibrahim secara rasmi menuntut supaya Dr. Mahathir berhenti sebagai Perdana Menteri.

''Saya nak tanya apakah semua sokong Dr. Mahathir berhenti,'' katanya pada satu perhimpunan selepas solat Jumaat di Pantai Batu Buruk, Terangganu.

Anwar juga menyelar ahli UMNO yang hanya mengikut sahaja cakap Perdana Menteri dan menganggapnya sebagai undang-undang.

''Mereka (ahli UMNO), apa yang Dr. Mahathir kata, semuanya undang-undang belaka, pakai otaklah sikit dan fikirlah sama,'' katanya dalam kritikan terhadap Dr. Mahathir.


KEMBALI