1 Oktober, 1999
Pengampu Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein menuduh parti Alternatif melakukan budaya 'ganas' dan rakus dalam memenangi undi rakyat terutama bagi menghadapi pilihanraya umum negara akan datang.
Nampaknya Hishamuddin seolah-olah melakukan 'baling batu, sembunyi tangan'. Malahan tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa kumpulan komando UMNOlah yang seringkali mencetuskan huru-hara di kalangan masyarakat, akibat gagal meraih simpati dan krisis sokongan yang kian memuncak.
Kenyataan Hishamuddin itu tidak lebih sebagai provokasi terhadap BA dan rakyat yang sentiasa cintakan keamanan dan kedamaian. Provokasi yang dilakukan oleh komando UMNO amat keterlaluan dan ternyata rusuhan dan huru hara seringkali dilaporkan cetusan oleh kegiatan komando UMNO yang tidak ketahuan.