LEBIH 5 RIBU SUDAH DIJEMPUT

2 Oktober, 1999

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Pak La 'B' dijangkakan akan melancarkan konvensyen kebangsaan kedua Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P) di Padang Esplanade, Taiping esok.

Menurut maklumat yang diperolehi, kira-kira 5,000 penduduk tempatan dan sekitarnya sudah dijemput dengan pengangkutan bas dan wang ringgit untuk meraikan dan memeriahkan perasmian konvensyen kali ini. Pak La B dijangka akan merasmikan konvensyen, manakala penutupnya oleh Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob Isnin ini.

Konvensyen kali ini, yang diadakan selama dua hari dan disertai oleh 600 orang, antara lain akan membincangkan peranan K3P pada alaf baru dan pembentukan masyarakat bermaklumat. Ianya antara lain bertujuan mengembangkan minda masyarakat agar dapat menjadi agen kesedaran berkaitan teknologi maklumat.

Pertunjukan pentarama akan juga diadakan selama dua malam berturut-turut di Padang Eksplanade sebagai usaha mengajak rakyat hadir ke pameran yang dibuka mulai esok. Ia adalah satu pesta berunsurkan maksiat anjuran Kerajaan BN yang mengaku berjuang memperjuangkan Islam.