BN USAH BERMIMPI DI SIANG HARI

Oleh Mr. Canggih

Mencapai kemenangan dalam sessi pilihanraya umum akan datang adalah idaman Barisan Nasional (BN) terutama di negeri Kelantan yang sudah sedia memuntahkan hasil buminya untuk diraih oleh kerajaan BN yang terkenal dengan kerakusannya mengaut harta negara.

Bagaimana pun hasrat BN itu disifatkan oleh pemerhati politik tempatan sebagai 'bermimpi bulan penuh di siang hari' kerana rakyat Kelantan lebih selesa dengan pemerintahan ulama dan jaminan kebahgiaan kehidupan mereka dengan pembangunan duniawi dan ukhrawi yang seimbang.

Paling terbaru Tan Sri Khalil Yaacob bermimpi sedemikian. Beliau disifatkan berkata bahawa rakyat Kelantan telah sedar muslihat PAS untuk terus kekal memerintah negeri ini dengan menyatakan perubahan ke arah kemajuan tidak perlu dilakukan kerana tidak sesuai dengan jiwa orang Kelantan yang mengutamakan akhirat daripada keduniaan.

Beliau juga dengan terang menghina DSAI kerana menyifatkan rakyat Kelantan di bawah kerajaan PAS pasti tidak akan menerima PM seperti DSAI kerana ramai tokoh dalam PAS yang boleh dijadikan PM.