MENGAKU PEJUANG ISLAM TETAPI ..

Oleh: Malim Kundang

Kerajaan BN merasa pantang diperlekeh apabila menafikan sekeras-kerasnya gagal memperjuangkan kepentingan agama Islamm di negara ini.

Perkara ini terbukti lagi apabila Menteri Radio dan TVnya Tan Sri Khalil Yaakob berkata kementeriannya tidak bercadang untuk mengubal undang-undang menghalang artis yang berpakaian kurang sesuai sewaktu mengadakan persembahan. Sebaliknya beliau disifatkan berkata, 'akan menasihatkan' sahaja.

Justeru itu keikhlasan Kerajaan BN memperjuangkan Islam seharusnya dinilai kembali oleh rakyat negara ini kerana masalah yang boleh dikawalnya, tetapi mereka enggan melaksanakan.