CABARAN DEMI CABARAN OLEH BARISAN KEPIMPINAN BN

2 Oktober, 1999

Menteri Kerajaan BN mencabar lagi. Kali ini diluahkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Annuar Musa ketika di Kota Bharu pagi ini, bahawa beliau mencabar kerajaan pimpinan PAS Kelantan mengisytiharkan jumlah hutang yang dibayar kepada kerajaan pusat sejak memerintah negeri itu pada 1990.

Dakwanya lagi, kerajaan PAS juga mesti memberitahu rakyat jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan pusat setiap tahun untuk membangunkan rakyat dan negeri.

Beliau mendakwa PAS berbohong kepada rakyat untuk kepentingan politiknya dengan menyatakan bahawa sejak mereka memerintah Kelantan banyak hasil negeri dihabiskan untuk membayar hutang yang dibuat oleh BN sebelum 1990.

Akhir-akhir ini pemimpin kerajaan BN amat gemar mencabar pembangkang yang berjaya mendedahkan kepada rakyat isu penyelewengaan yang berlaku selama ini. Cabaran itu dilihat sebagai 'helah baru' BN untuk mengalihkan pandangan rakyat, akibat diserang pembangkang.