BN SEMAKIN MEMPERKUKUHKAN BENTENGNYA

2 Oktober, 1999

Tindakan Kementerian Dalam Negeri mengisi kekosongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat sebagai mengukuhkan benteng BN, dan bukannya satu tanda yang keadaan ekonomi negara semakin pulih.

Pengambilan anggota baru dan pembelian peralatan telah dihentikan pada 1997 apabila negara mengalami kegawatan ekonomi, yang memaksa polis membekukan pengambilan anggota berpangkat rendah.

PDRM yang kini jelas sebagai alat politik BN melakukan dengan sewenang-wenangnya perintah menzalimi rakyat dan menafikan hak dan amalan demokrasi dalam negara ini. Justeru itu rakyat menilai bahawa kredebiliti PDRM semakin menurun sejak membenarkan dialatkan untuk kepentingan politik pihak pemerintah.

Fungsi PDRM jelas menyalahi peranan sebenarnya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, sebaliknya mencetuskan provokasi dan huru hara serta terlibat dalam konsfirasi politik yang tidak dapat dimaafkan oleh rakyat negara ini.

Konsep "Mesra, Cepat dan Betul" hanyalah untuk politik pemerintah manakala ianya bertukar "GANAS, CEPAT DAN PUKUL' apabila bertemu rakyat terutama dalam siri perhimpunan rakyat sejak setahun lalu.