DAPATKAN KELULUSAN PENJARA SATU SYARAT BARU....

2 Oktober, 1999

Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengenakan syarat bahawa setiap orang yang ingin melawat DSAI di wadnya, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) perlu mendapat kelulusan Jabatan Penjara terlebih dahulu merupakan satu syarat baru yang menyusahkan banyak pihak.

Surat rasmi Jabatan Penjara, atas arahan Kementerian Dalam Negeri, dipercayai telah dihantar kepada HUKM bagi memaklumkan kepada pengurusan hospital itu mengenai perkara berkenaan.

Mengikut Akta Penjara yang ada, banduan yang dibawa ke hospital untuk rawatan, baik yang dimasukkan ke wad, masih tertakluk kepada Akta Penjara walaupun berada di hospital.

Peringatan itu diberikan kerana HUKM tidak mematuhi peraturan tersebut, sejak Anwar dimasukkan ke hospital berkenaan pada 10 September lepas, dakwa Datuk Azmi. Setakat ini tiada kelulusan yang diminta kepada pihak penjara.

Jabatan Penjara pada masa ini menugaskan 12 orang pegawai untuk mengawal Anwar di wad HUKM untuk satu-satu syif.