APABILA HISHAMUDDIN MENCABAR LAGI....

2 Oktober, 1999

Cabaran yang dibuat oleh Pengampu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beberapa bulan lalu memperlihatkan kita 'kununnya' UMNO memiliki kehebatan pemuda dan barisan Pemuda yang berwibawa.

Namun setelah cabaran berdebat dengan Hj. Mahfuz Omar selaku Ketua Pemuda PAS Pusat ditolak dengan berbagai alasan dan diakhiri dengan ketidakhadiran undangan debat di UKM 15 Jun lalu menyebabkan rakyat melihat kredebiliti UMNO memang kuat 'menggempor' tapi sedikit pun tak berbisa.

Kali ini Hishamuddin masih tidak berpuas hati dan beliau mengulangi cabarannya.

Beliau disifatkan sebagai berkata pakatan pembangkang perlu menunjukkan kehebatan mereka terlebih dahulu sebelum cuba merebut pentadbiran negara daripada Barisan Nasional.

"Saya cabar barisan alternatif... Keadilan, PAS dan DAP untuk tunjukkan kehebatannya yang lebih baik daripada BN dan UMNO sekiranya ingin mentadbir negara," katanya.

Hishamuddin sebenarnya lupa bahawa 'DULU' beliau berhadapan dengan dua tiga kerat barisan pemimpin pembangkang. Justeru itu memang boleh beliau mendabik dada dan memenangi pilihanraya walaupun usah kita selidiki samada dengan cara kotor atau sebaliknya.

'KINI DAN SELAMANYA' Umno berhadapan dengan majoriti rakyat negara ini yang sudah menilai kezaliman dan penindasan yang mereka lakukan terhadap rakyat dengan pelbagai akta yang menghukum mereka dan menolak sama sekali amalan demokrasi negara ini.

Pandangan Hishamuddin jauh terkebelakang dan Minda Rakyat pasti beliau akan terhukum dengan keangkuhannya mencabar rakyat!