GILIRAN LIM PULA MENCABAR!!!

2 Oktober, 1999

Kerajaan BN dan parti komponennya meneruskan siri cabaran mereka. Kali ini Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik mencabar kakitangan kerajaan yang tidak dapat menerima dasar kerajaan atau gagal melaksanakan tugas mereka dengan sempurna supaya meletakkan jawatan masing-masing.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu hari ini. Setiap kakitangan atau pegawai kerajaan terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan tidak boleh mencampuradukkan pendapat peribadi dengan tugas masing-masing, katanya.

Tindakan Lim itu disifatkan sebagai meneruskan cabaran kerajaan BN dalam menghadapi krisis sokongan rakyat.