2 Oktober, 1999
Kenyataan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa pelabur Taiwan dikatakan bimbang untuk melabur
di Perlis berikutan angkara segelintir rakyat Malaysia yang memburuk-burukkan tanah air mereka sendiri adalah palsu dan fitnahnya semata-mata.
Beliau juga mendakwa bahawa para pelabur itu tidak yakin dengan iklim negara ini gara-gara gambaran buruk yang 'kununnya' disebarkan secara meluas
oleh rakyat yang mengkhianati negara.
Shahidan berkata, walaupun beliau berjaya mengembalikan keyakinan para pelabur Taiwan itu tetapi mereka tidak dapat dihubungi selepas kejadian gempa
bumi yang melanda negara itu baru-baru ini.
Kenyataan Sahidan itu jelas mahu menyalahkan rakyat kerana mengkritik kerajaan sebagai amalan biasa dalam sebuah negara demokrasi. Sebaliknya kerajaan BN yang angkuh seringkali mencemarkan nama baik negara dengan melakukan pencerobohan hak asasi manusia dan melanggar beberapa petikan dari perlembagaan negara kerana kepentingan politik mereka itu tidak diambilkira.