1 Oktober, 1999
Ibrahim Ali Al-Kataki Pengerusi Jawatankuasa Petugas Menangani Fitnah nampaknya sentiasa memantau laman reformasi bagi mencari helah dan kelemahan yang memungkinkan beliau dapat mendakwa pihak tertentu terutamanya parti-parti Alternatif.
Justeru itu Minda Rakyat ingin mengesyorkan kepada laman rasmi KeADILan, PAS serta DAP dan PRM supaya jangan memberi ruang kepada Panel Peguam Umno untuk membuat laporan yang memungkinkan tidakan mahkamah dapat diambil terhadap mereka.
Sebaliknya maklumat yang penting boleh disampaikan kepada webmaster dari laman tidak rasmi reformasi terutamanya Mahazalim supaya segala maklumat dapat disalurkan disamping menjauhkan tindakan yang tidak disenangi.
Ibrahim Ali Al-Kataki dilaporkan setakat ini sudah membuat 20 laporan yang didakwanya memfitnah UMNO dan para pimpinan BN. Ibrahim seolah-olah lemas dengan serangan demi serangan oleh laman-laman reformasi cuba mendapatkan fakta bagi mengharamkan mana-mana parti dari BA.
Sementara itu tinjauan mendapati, laman reformasi sudah sebati dengan masyarakat Malaysia sebagai media alternatif mereka setelah kesemua media kerajaan didapati menipu dan dipenohi dengan kenyataan palsu. Dakwaan Ibrahim Ali Al-Kataki yang mengatakan bahawa pengunjung laman reformasi merosot itu dilihat sebagai tidak tepat, malahan pengunjung bagi laman reformasi Mahazalim meningkat ke tahap melebihi 200,000 orang pengunjung sehari membuktikan rakyat lebih mempercayai maklumat yang disampaikan oleh laman reformasi.