BUKTI DSAI TIADA HARTA ...

3 Oktober, 1999

Kenyataan PM Maha Firaun bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah satu-satunya anggota Kabinet yang tidak mengisytiharkan hartanya semasa memegang jawatan membuktikan bahawa beliau (Maha Firaun) mempunyai niat serong terhadap DSAI.

Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa Maha Firaun melakukan diskriminasi terhadap DSAI dan mempunyai agenda kotor kerana melakukan pendedahan itu kepada orang lain di merata pentas dunia.

Dr Mahathir berkata semua menteri Kabinet dikehendaki mengisytiharkan harta masing-masing kepada beliau.

"Mungkin beliau berpendapat keranq beliau timbalan perdana menteri, beliau tidak perlu berbuat demikian," kata Dr Mahathir ketika ditanya mengenai ketelusan dan politik dan mengapa ahli politik Malaysia tidak perlu mengisytiharkan harta, semasa mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Malaysia Hall, di sini.

Maha Firaun itu bagaimana pula? Sudah isytihar hartanya?