MAHATHIR LAKUKAN PENDAKWAAN TERPILIH

3 Oktober, 1999

Ketika ditanya sama ada tindakan baru-baru ini terhadap golongan ahli perniagaan yang dianggap sebagai kawan rapat DSAI bukan 'pendakwaan berpilih', Maha Firaun lalu menjawab bahawa DSAI selalu berkata bahawa beliau tidak mempunyai kroni.

Justeru itu tindakan terhadap beberapa ahli korporat baru-baru ini yang diheret ke mahkamah dengan pelbagai dakwaan adalah didakwa oleh Mahathir sebagai kroni DSAI.

Maha Firaun itu mengakui tindakannya mengheret tokoh perniagaan tersebut disebabkan mereka sekarang tidak dilindungi oleh DSAI kerana beliau berada dalam penjara.

"Hakikatnya ialah... orang-orang ini sebenarnya ialah kroninya, dan semasa beliau (Anwar) berada dalam kerajaan, orang-orang ini dilindungi. Oleh kerana sekarang beliau tidak lagi dalam kerajaan, mereka tidak dilindungi, dan kita mendapati bahawa mereka melakukan banyak perkara," kata PM Maha Firaun.