3 Oktober, 1999
Dalam perjumpaan dengan kakitangan MSD dan para pelajar Malaysia di London, Maha Firaun itu mendakwa bahawa badan kehakiman di Malaysia bersifat adil.
Ini berdasarkan satu peristiwa di mana pernah sebuah parti dalam kerajaan (Umno) telah diisytiharkan sebagai pertubuhan tidak sah dan anggota anggota
Kabinet telah disabitkan kesalahan bagi membunuh.
"Anda tidak boleh menuduh proses perundangan di Malaysia sebagai bersifat berpilih," kata Maha Firaun.
Hakikatnya peristiwa pembubaran UMNO berlaku lebih sepuluh tahun lalu. Dan pembubaran itu memberikan kelebihan kepada Maha Firaun untuk menewaskan Ku Li secara pertandingan satu lawan satu dengan bebas dan adil.
Pembubaran UMNO adalah ide yang datang selepas Maha Firaun mengkaji akan kekalahannya di tangan Tengku Razaliegh. Pembubaran itu juga merupakan satu 'pengkudaan' Maha Firaun itu ke atas institusi kehakiman yang terbukti selepas itu bersifat satu pihak.