3 Oktober, 1999
PM Maha Firaun itu meneruskan siri pembohongannya. Kali ini di hadapan penuntut dan pelajar Malaysia di London
dengan mengatakan bahawa Malaysia tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun.
Maha Firaun mendakwa atas sebab inilah, Malaysia mencari penyelesaiannya sendiri terhadap masalah ekonomi dan tidak meminta bantuan daripada Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF).
Walau pun Malaysia tidak meminta daripada IMF kerana DSAI pernah dilantik ke satu jawatan dalam IMF di peringkat Asia suatu ketika dahulu, namun Maha
Firaun itu tidak malu untuk memohon pinjaman daripada Sultan Brunei, Kerajaan Jepun dan China serta menggadai negara melalui terbitan bon yang
dilancarkan ke seluruh dunia beberapa bulan lalu.
Hanya tidak meminjam dari IMF itu mungkin benar. Tapi ertikata meminjam dalam istilah Maha Firaun itu memang cukup sebati setelah semua tabung dan dana dalam negara dikebas, seperti Petronas, LUTH, KWSP, PLUS, Telekom dan lain-lain.