MAHA FIRAUN TOLAK DAKWAAN KERACUNAN

1 Oktober, 1999

Maha Firaun disifatkan sebagai berkata bahawa adalah 'tidak munasabah' bagi bekas timbalannya DSAI mendakwa diracun semasa dalam penjara. Beliau berkata demikian semasa ditemuramah oleh akhbar Asian Wall Street Journal. Maha Firaun itu juga menafikan budaya Malaysia membunuh penentang-penentang politik.

Kenyataan Maha Firaun itu dilihat sebagai mendahului keputusan para doktor yang sedang merawat DSAI yang masih belum jelas pendirian mereka berhubung dengan dakwaan keracunan itu.

Sementara itu, kini DSAI dilaporkan masih lagi dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana mengadu sakit kepala yang keterlaluan pada perbicaraan yang dihadirinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu. Berikutan itu Mahkamah Tinggi mengarahkan supaya beliau terus dirawati bagi kesihatan beliau benar-benar mengizinkan sebelum hadir semula perbicaraan. DSAI disifatkan juga mengahadapi tekanan darah tidak menentu dan masalah paru-paru.

Para doktor yang merawat beliau sedang cuba menentukan sejauh mana kebenaran dakwaannya pada 10 September lalu itu bahawa beliau mengalami keracunan arsenik. Peguam DSAI berkata kandungan arsenik dalam air kencingnya, yang diuji di sebuah makmal di Melbourne, Australia daripada contoh air kencing yang diseludup keluar pada Ogos lalu, adalah 77 kali lebih tinggi daripada paras biasa.

Sementara itu ramai pemimpin politik menyelar kenyataan Maha Firaun terhadap laporan keracunan yang mungkin dihadapi oleh DSAI. Pemimpin DAP Lim Kit Siang, menyatakan kekecewaannya dengan pendirian Maha Firaun itu tentang keadaan DSAI, sebelum para doktor yang menjalankan pemeriksaan memberikan keputusan mereka.

Encik Lim berkata ini membuktikan bahawa Maha Firaun itu tidak mementingkan kebenaran dan bercakap sesuka hatinya.

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia juga mengatakan bahawa pihaknya sudah pun mempunyai hasil ujian yang dijalankannya ke atas contoh-contoh rambut, air kencing dan kuku DSAI di samping hasil ujian yang dijalankan oleh sebuah makmal di Australia. Bagaimanapun, pihak hospital itu masih menunggu hasil ujian daripada sebuah makmal di London.

Justeru setakat ini sewajarnya sesiapa pun tidak boleh menolak dakwaan DSAI keracunan arsenik sehinggalah semua hasil ujian dikumpulkan. Perkara ini ditegaskan Pengarah HUKM, Datuk Dr Khalid Abdul Kadir, dan perkara ini amat dihargai oleh rakyat keseluruhannya.