Saranan YB Ahli Parlimen Tambun Hj. Husni Hanadzlah supaya ahli UMNO yang belot kepada Barisan Alternatif dipulaukan, disambut oleh para pejuang dan komando gerak gempur UMNO peringkat bahagian dan cawangan dalam Parlimen Tambun sebagai taktik baru menangani krisis sokongan yang dihadapi.
Justeru itu kepada ahli dan ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan yang belot menyertai Barisan Alternatif, mereka akan dipulaukan. Tindakan pemulauan ini 'kununnya' sebagai satu cara untuk mengembalikan sokongan yang kian merudum terhadap UMNO dalam Parlimen Tambun.
Maklumat lain yang diterima adalah sebaliknya. Pemulauan UMNO terhadap bekas ahli-ahlinya yang didakwa belot itu berakhir dengan 'majlis bacaan Yasin dan sembahyang hajat' anjuran UMNO Bahagian Tambun dan beberapa cawangan UMNO yang lain seringkali gagal kerana kehadiran yang merosot. Beberapa majlis yang sama ditempat lain pula gagal diadakan kerana tiada yang berkebolehan menjadi imam.