Samy Mahu Wujud Calcutta II di Malaysia

Dalam usahanya memenangi hati kaum India yang semakin dipinggirkan dalam arus permodenan negara, maka Datuk Samy Vellu mahu menghidupkan kembali cadangan lamanya untuk membela kaum India di negara ini.

Rancangan pembangunan tersebut akan dilaksanakan di Sg. Siput (U), Perak dan akan melibatkan tanah seluas beribu-ribu hektar. Agenda utama Samy dalam rancangan pembangunan tersebut ialah membina sebuah tokong Hindu yang terbesar di rantau Asia bagi menggantikan peranan Batu Caves yang tidak lagi berupaya menampung kedatangan kaum India setiap tahun dalam perayaan-perayaan ugama mereka.

Selain dari itu, sebuah universiti dan bandaraya mega yang meliputi rancangan perumahan dan pusat perniagaan juga akan termasuk dalam pelan rancangan tersebut. Justeru itu matlamat Samy ialah mengujudkan 'Calcutta II' India di Malaysia yang mahu disamakan sebagaimana 'Chinatown' di Amerika.

Pelan pembangunan Calcutta II ini sudah diilhamkan dua tiga tahun lalu, tetapi tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. 

Kembali