Kenyataan Sdr. Anwar Ibrahim
Peristiharan Harta

Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad berbohong bila menyebut bahawa saya tidak mengemukakan borang peristiharan harta selaku Timbalan Perdana Menteri. Saya menulis surat kepada beliau mengesahkan bahawa peristiharan sebelumnya kekal kerana saya tidak menambah atau menimbunkan harta setelah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ini berbeda dengan kedudukan harta berbillion kepunyaan beliau, Tun Daim dan lain-lain rakan beliau dalam kerajaan.

Ini adalah satu helah teknikal untuk mengalih pandangan rakyat dari sikap tamak haloba beliau memunggah kekayaan dari khazanah negara.

Saya ulangi cabaran saya supaya diadakan Badan Bebas Menyiasat Harta, Saham, Tanah Kepunyaan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Menteri Besar/Ketua Menteri dan bekas-bekas Menteri termasok saya. Rakyat akan dapat menilai bagaimana pemimpin-pemimpin mempergunakan kedudukan mengautkan kekayaan.

Saya telah menyerahkan borang peristiharan semasa saya menjadi Menteri Kewangan. Satu surat pengesahan tiada peningkatan harta telah diberi kepada Perdana Menteri setelah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.  
 

Anwar Ibrahim
4 Oktober 1999