Kegagalan memahami Islam sebagai addin terbukti apabila UMNO mendakwa kebenaran terserlah setelah mereka tidak mengalami bala, setelah beratus ribu bekas ahli UMNO dan pembangkang melakukan sembahyang hajat termasuk di Masjidil Haram.
UMNO juga mendakwa kezaliman yang sering dilaungkan pembangkang itu sebenarnya tinggal isu dan tidak perlu ditimbulkan lagi.
Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa bahawa sekiranya benar UMNO menzalimi DSAI, maka pasti Allah akan memberi balasan kepada orang zalim (UMNO).
Minda Rakyat hanya ingin memberikan sedikit pandangan dari ilmu yang cetek ini. Bala Allah datang dalam beberapa bentuk mengikut kadar 'kezaliman' yang dilakukan manusia. Tanpa manusia bersembahyang hajat pun, bala Allah pasti datang.
Sementara majlis sembahyang hajat oleh muslimin dan muslimat adalah untuk memohon kepada Allah agar Barisan Alternatif memenangi pilihanraya kali ini (ke 10) dan juga memohon agar dibukakan pintu hati seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli UMNO sendiri supaya memangkah BA dalam pilihanraya itu.
Satu bala yang kita perhatikan ialah bahawa semakin hari, semakin ramai rakyat negara ini menyertai gagasan BA yang dipimpin oleh PAS. Bala seterusnya ialah apabila ekonomi negara semakin merudum dengan catatan indeks BSKL semakin merosot. Juga kemungkinan negara akan dilanda banjir secara besar-besaran dalam beberapa minggu lagi.
Kita memohon Allah menjauhi bala-bala ini, sedangkan orang UMNO mahu bala ini Allah tunjukkan sebagai bukti mereka melakukan kezaliman. Di mana rasionalnya UMNO?
Paparan ini diperolehi dari laman UMNO yang saya percaya saudara para netters tidak sudi melawatinya...
Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata, isu Anwar Ibrahim yang kononnya dizalimi tidak perlu timbul lagi setelah beratus ribu ahli UMNO dan pembangkang melakukan sembahyang hajat termasuk di Masjidil Haram meminta Allah menunjukkan siapa benar.
"Kalau benar berlaku kezaliman, Allah tidak akan tangguh untuk beri balasan pada orang zalim. Kenapa ini tidak berlaku sedangkan berjuta orang berdoa agar balasan diberikan pada orang zalim," katanya sewaktu berceramah politik di Kampung Melayu Subang, hari ini.
Jelas beliau, tidak wajar menyalahkan manusia jika seseorang itu kehilangan jawatan kerana manusia hanya boleh merancang dan segala-galanya ditentukan Allah.
Majlis dianjurkan oleh UMNO Bahagian Subang.