PERJUMPAAN HARAM DENGAN MENTERI LUAR ISRAEL : KERAJAAN BN HINA ISLAM DAN RAKYAT MALAYSIA
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) melahirkan rasa terkejut dan kesal di atas tindakan Wisma Putra melalui Menteri Luar, Datuk Syed Hamid Albar yang mengadakan mesyuarat sulit dengan Menteri Luar Kerajaan Haram Israel, David Levy di New York dua hari lepas. Berita gempar ini dilaporkan oleh The Straits Times Singapura keluaran 28 September 1999 walaupun cuba disembunyikan oleh media mainstream pro kerajaan BN.
Perjumpaan dua menteri ini dilaporkan membincangkan kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia & Israel. Datuk Syed Hamid juga memberitahu David Levy bahawa Dr Mahathir Mohamad telah menyampaikan ucapan tahniahnya kepada ketua pengganas antarabangsa yang juga Perdana Menteri Israel, Ehud Barak di atas kemenangannya dalam pilihanraya umum negara haram tersebut. DPP Pusat melihat tindakan Kerajaan BN ini adalah antara siri usaha untuk mengiktiraf negara pengganas tersebut sebagai negara yang sah. Kerajaan cuba menguji sensitiviti umat Islam negara ini melalui ‘penghinaan senyap’ terhadap agama dan umat Islam dan rakyat negara ini melalui kerjasama haram tersebut.
DPP Pusat membantah keras tindakkan biadap Menteri Luar Malaysia yang menghina umat Islam dan rakyat negara ini dengan cara mengadakan hubungan dua hala dengan Kerajaan Haram Israel. Tindakkan ini adalah antara siri-siri usaha Wisma Putra untuk menjadi agen kepada negara haram tersebut ketika Perdana Menteri Malaysia begitu lantang mengutuk tindakan orang Yahudi yang telah memusnahkan ekonomi negara ini. Jika sebelum ini Kerajaan BN mengadakan hubungan perdagangan secara senyap dengan Israel, diikuti oleh lawatan Tunku Abdullah ke Israel, lawatan remaja Israel ke Malaysia dan lawatan pasukan kriket Israel ke Malaysia atas alasan untuk mendidik minda orang Yahudi lalu dijawab dengan kerja-kerja spekulasi yang dijalankan oleh spekulator Yahudi dan hampir membangkrup negara ini. Apakah Kerajaan BN tidak serik atau terlalu degil untuk mendengar nasihat daripada Allah agar tidak menjadikan Yahudi sebagai rakan?
DPP Pusat juga menentang keras sebarang usaha sulit dan haram yang cuba dilakukan oleh Kerajaan BN untuk berbaik-baik dengan kerajaan haram tersebut. Sifat kebinatangan yang dimiliki oleh orang Yahudi dengan menindas, merampas hak dan membunuh umat Islam Palestin sama sekali tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam seluruh dunia. Sememangnya Umno membenarkan kebinatangan Yahudi ini. Umno dan BN sememangnya bersekongkol dengan orang Yahudi dalam merencana konspirasi ke atas Umat Islam. Gejala kezaliman yang dilakukan oleh BN di negara ini adalah sebahagian daripada perlaksanaan rancangan bersepadu Yahudi untuk memusnahkan kebangkitan Islam seluruh dunia. Sebenarnya BNlah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri sebagai agen asing yang dikatakan akan mengancam keselamatan negara dan menggadai masa depan negara ini.
DPP Pusat mendesak Kerajaan BN dengan sekeras-kerasnya agar membatalkan segala hasrat untuk membentuk kerjasama dengan negara haram tersebut. DPP Pusat juga menuntut agar Kerajaan BN memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di atas sikap biadap mereka. DPP Pusat juga menuntut agar dasar luar negara yang tidak mengiktiraf Israel dikekalkan. BN tidak sepatutnya menggadai maruah umat Islam dan rakyat semata-mata untuk mendapatkan sokongan zionis Yahudi di dalam pilihanraya umum ini. Apakah pakatan politik mereka bersama agen Yahudi, Sachi&Sachi terjejas akibat kritikan palsu Dr. Mahathir terhadap bangsa Yahudi baru-baru ini sehingga mereka sanggup untuk melutut buat kali yang kedua kepada Yahudi selepas Perdana Menteri menjual maruah dirinya dan agama Islam dengan memohon maaf kepada Kongres Yahudi Sedunia sebelum ini.
DPP Pusat melihat bahawa tindakan Datuk Syed Hamid ini adalah sebahagian daripada usaha BN untuk mendapatkan sokongan moral, strategi dan kewangan masyarakat antarabangsa untuk memenangi pilihanraya umum ini. BN sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan dan pengiktirafan Israel dan negara kuasa asing lain dalam meneruskan kerakusan kuasa politik mereka. DPP Pusat hairan bagaimana di New York, Perdana Menteri boleh bertindak dengan begitu tidak bermoral apabila membelasah parti pembangkang terutama PAS dan ‘menawar-ugutkan’ kepada antarabangsa sama ada menyokong BN yang liberal atau menyokong alternatif yang diketuai oleh parti Islam, PAS. Amat jelas lagi bersuluh bahawa tindakan Menteri Luar ini adalah sebagai usaha BN untuk melobi antarabangsa yang sudah tentu dipersetujui oleh Perdana Menteri. Ternyata tuduhan bahawa pembangkang diperalat oleh kuasa asing dalam pilihanraya kini adalah fitnah, dan terbukti BNlah agen asing yang sebenarnya.
Apakah bangsa Yahudi masih belum puas dengan apa yang diperlakukan oleh Kerajaan BN terhadap para pemuda Islam yang terlibat di dalam Ops Kriket 1997 yang sehingga hari masih belum selesai perbicaraannya? Apakan belasahan cotar, semburan air kimia dan tembakan gas pemedih mata FRU kepada pemuda Islam tidak cukup lagi untuk menarik sokongan Yahudi kepada BN? Ataupun kerakusan dan kebinatangan apakah yang masih dituntut Israel sehingga memaksa BN untuk terus menjual masa depan negara dengan kehancuran politik, ekonomi dan sosial?
DPP Pusat bertegas agar tuntutan kami dipenuhi oleh Kerajaan BN. Kerajaan tidak sewajarnya sekali lagi memprovok pemuda Islam untuk melakukan sesuatu yang di luar batas undang-undang. Tetapi, demi maruah agama, bangsa dan negara yang dinodai oleh BN, kami sanggup untuk bergadai harta, darah dan nyawa! Jangan memaksa kami untuk bertindak deskriptif dan tanpa diplomasi lagi. DPP Pusat akan membuat bantahan rasmi kepada Wisma Putra dalam masa yang terdekat ini jika Wisma Putra gagal mengambil tindakan atas tuntutan kami ini.
DPP Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia terutama umat Islam agar mempertahankan maruah agama dan negara
daripada dicemari oleh gelagat binatang Kerajaan BN. Sesungguhnya Yahudi adalah menghina dan memusuhi semua bangsa dan agama. Tidak ada rakyat negara
ini yang terselamat daripada konspirasi jahat Yahudi jika proksi mereka seperti BN dikekalkan untuk memerintah negara ini. Seluruh rakyat dan umat
Islam mesti mengutuk tindakan biadap kerajaan ini. Seluruh rakyat sangat wajar untuk bertindak menggunakan peluang pilihanraya ini untuk menolak BN
dan melakarkan landskap baru politik Malaysia yang lebih aman dan sejahtera pada alaf akan datang.
HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Di Perkarangan Mahkamah Majistret 4,
Jalan Raja, Kuala Lumpur.