Persoalan Kata Pak Lah “Anwar tidak diracun”

Oleh: Ibrahim Baba

Begitulah tajuk utama kebanyakan akhbar utama kerajaan hari Isnin, 4 Oktober. Tetapi IB ingin menjemput saudara baca apa yang tersiar pada Sabtu 25 September oleh Utusan Meloya.

Jangan buat spekulasi - Abdullah

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua pihak termasuk kerajaan perlu menunggu hasil siasatan kes kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim keracunan arsenik dan bukan mengeluarkan kenyataan berdasarkan spekulasi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ketika ini isu terbabit kerap digunakan oleh pakatan pembangkang sebagai bahan utama kempen pilihan raya dan kenyataan mereka lebih kepada ''spekulasi dan jangkaan''.

''Kita tunggulah hasil siasatan dan selepas itu tahulah apa pertimbangan dan komen yang kita nak buat,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Budaya Kraf Kuala Lumpur dan Pesta Kraf Kebangsaan 1999 di sini, hari ini.

Dan apa pula yang dikatakan oleh Utusan sendiri pada Isnin 4 Oktober.

Anwar tidak diracun -- Adakah patut tuduhan ada konspirasi bunuh bekas TPM? – Abdullah

TAIPING 3 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua keputusan ujian klinikal termasuk oleh makmal luar negara setakat ini membuktikan dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim diracuni adalah tidak benar.

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun berkata, pihak polis masih meneruskan siasatan berasingan mengenai dakwaan itu.

Semasa bercakap kepada pemberita kemudian, Abdullah berkata, beliau belum menerima laporan lengkap daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang menjalankan ujian itu manakala siasatan oleh pihak polis dijangka selesai dalam masa dua tiga hari lagi.

Fahamilah apa yang dikatakan Pak Lah pada 24 September bahawa semua pihak menanti laporan penuh oleh HUKM. Manakala semalam, dalam mengakui bahawa laporan penuh masih belum diterima – Pak Lah telah memberi keputusannya sendiri.

Samalah juga dengan bossnya, Mahathir. Di New York, dalam pada Pak Lah kata kepada semua pihak supaya jangan buat spekulasi dan tunggu laporan penuh, Mahathir telah membuat keputusannya sendiri.

Dalam temuramahnya dengan PBS pada Isnin 27 September, Mahathir mengatakan “ "Well, the trial was coming to an end. And there was a law conference in KL and Apec was meeting. He brought up this matter 14 days after receiving information there was arsenic in the urine. In the meantime, he was attending court and never complained. He was quite well and yet 14 days later, after the results were known, he decided to bring out the matter just one hour before the prosecution completed its case.

"A person who knows he is being poisoned would run to a doctor, not collect urine and send it to Australia."

IB mendapati ulasan Lim Kit Siang terhadap komen celupar Mahathir di dalam http://www.geocities.com/CapitolHill/3939/sg1937.html amat menarik sekali.