Oleh: Mr. Canggih
Seperti telah diduga, bahawa Maha Firaun dan Kuncu-kuncunya pasti mencari jalan untuk menangkis dakwaan DSAI dan barisan peguamnya, tuduhan beliau telah diracun semasa berada dalam tahanan penjara.
Dengan penafian itu, maka sebaliknya DSAI pula dituduh berbohong kerana 'kununnya' dakwaannya itu palsu dan tidak berasas. Penafian itu juga menganiayai DSAI kerana beliau dituduh mencemarkan nama baik Malaysia atas tuduhan diracun tanpa asas.
Justeru kerana pimpinan kerajaan BN dan kuncu-kuncu Maha Firaun tidak dapat berhadapan dengan majoriti rakyat yang bangun menentang kezaliman, maka 'perbuatan meracun' terpaksa ditangkis dan dinafikan.
Sejauh manakah pengalaman para doktor kita men'dynocsis' keracunan arsenik itu tidaklah dapat saya perkatakan. Tetapi jelas melalui kenyataan HUKM minggu lalu, bahawa pengesahan keracunan seolah-olah sebagai satu 'jawapan yang pasti'.
Anihnya, Timbalan Perdana Menteri mahu mendahului para doktor mengumumkan keputusan tersebut, setelah Maha Firaun mendahului beliau dalam ucapannya di New York dan London baru-baru ini. Justeru itu ia dilihat sebagai satu lagi 'konsfirasi' untuk mempermudahkan tumbangnya satu nyawa akibat perbuatan kotor tangan mereka.
Di sisi rakyat tetap percaya bahawa apa pun sekatan dan akta yang melarang untuk memperbahaskan perkara ini, hanya satu kenyataan bahawa sesungguhnya keracunan arsenik adalah SATU PERCUBAAN MAHATHIR UNTUK MEMBUNUH DSAI. Bagaimana pun atas kehendak Allah, maka sesuatu yang dirancang sebagaimana baik sekalipun tidak akan berlaku tanpa restu Ilahi.