SURAT TERBUKA KEPADA
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
Yang masih dikasihi
Tuan Haji Hassan
Pengarah JPN Kedah
Majikan saya,
Tadi saya dimaklumkan oleh sahabat saya cikgu Razak ,seorang pegawai dibawah tuan ; bahawa dia diarah bertukar dari Alor Setar ke Ulu Sedaka Yan Apa alasan yang diberikan oleh jabatan , tanya saya. Dia maklumkan tanpa alasan. Sebelum ini saya dimaklumkan Cikgu Abd. Wahab Abd. Rahman ditukar dari Kubang Pasu ke Pahang untuk kali ke dua. Cikgu Yahya Abdullah dari Sik ditukar ke Perak , Ustaz Mat Isa Hasan dari Alor Setar ke Setiawan dan ramai lagi pegawai dibawah tuan ditukar tanpa alasan yang profesional. Saya yakin semuanya dibawah pengetahuan tuan kerana antara memo itu , tuan sendiri yang’ menandatanganinya’ .
Pernahkah tuan bertanya masalah mereka? , masalah anak-anak mereka ? Perbelanjaan harian mereka ? Adalah wajar tuan ‘pi jengok-jengok ‘ pegawai dibawah tuan yang ditukarkan itu… jengok keluarga mereka. Apa salah mereka hingga disusahkan pergerakan seharian mereka, dipisahkan mereka dengan anak isteri mereka. Lihatlah rekod pegawai tuan yang ditukarkan… mereka adalah pegawai yang rajin….Kalau ditukarkan kerena naik pangkat macam tuan dulu …patutlah jugak ….kalau atas alasan politik .. adakah ianya wajar ? Adakah pertukaran mereka itu adil ? Tidakkah ianya satu tindakan zalim kepada pegawai tuan sendiri…. sudah lah gaji kecil terpaksa menyediakan ‘ dua periuk ‘……. tuan zalim kepada anak-anak pegawai tuan ? Anak-anak yang ingin belaian dan kasih sayang seorang ayah .
Tuan selalu ingatkan kami ; agar kalau mengajar tu …mengajar dengan amanah … tiap gaji yang diterima adalah halal … tapi kalau dok buat ‘nanya’ (zalim) kat budak-budak dengan tak masuk kelas … gaji yang diterima tak halal. Ingat gaji tu dok bagi makan anak isteri . bayangkan dok suap yang haram ke dalam mulut anak-anak.
Tapi cuba tuan fikirkan gaji tuan … adakah halal atau haram?… yang masuk ke mulut tuan… halalkah ?… yang masuk ke mulut isteri tuan halal atau haramkah ? yang masuk ke mulut anak …tuan halal atau haram ? ….. Tuan bekerja untuk menzalimi pegawai tuan sendiri ….tuan bekerja untuk mempertahankan kezaliman ke atas anak-anak pegawai tuan…. kezaliman berlaku ke atas pegawai-pegawai tuan… ke atas anak-anak pegawai tuan… lalu atas kerja zalim tuan ……….tuan diberi gaji … halalkah gaji itu ?????????
Dimana bezanya tindakan tuan dengan PM yang menukarkan kedudukan bekas timbalannya dari rumah sendiri ke penjara yang sempit, memisahkan anak bekas timbalannya dengan papa mereka. Menyusahkan pergerakan harian timbalannya. Si Pangkat Tinggi kezalimannya tinggi juga… pangkat rendah kezaliman pun sepadan dengan pangkatnya.
Tidak adakah rasa kasihanbelas dihati tuan terhadap anak-anak kecil yang rindukan usapan dari tangan seorang ayah ? .. tidakkah tindakan memisahkan anak-anak ini satu yang zalim … ? itu baru dinilai kezaliman kepada keluarga guru yang ditukar …. Cuba lihat para pelajar yang ditinggalkan… sempurnakan proses pembelajaran mereka….. ? adakah ini tidak kerja menginiayai anak-anak kita disekolah ?
Sering tuan ingatkan kami PAStikan hari ini lebih baik dari kelmarin dan PAStikan esok lebih bik dari hari ini. Tapi apa yang sedang berlaku terhadap pegawai-pegawai tuan ialah Kezaliman hari ini misti lebih banyak dari kelmarin dan kezaliman yang akan berlaku esok misti lebih tinggi dari hari ini. Ramai lagi akan ditukarkan .. itu maklumat atau ugutan ?
Baki usia yang Allah berikan kepada tuan sepatutnya dimanafaatkan untuk masa bertemu Allah nanti . Ilmu yang sering tuan berikan kepada kami perlu direalisasikan dalam kehidupan tuan. Apa ertinya seorang pendidik jika ia lebih takut kepada manusia lebih dari takutkan Allah ? Gilakan jawatan hingga biarkan kezaliman berterusan ? Dia sendiri tidak mampu mendidik dirinya untuk menentang kezaliman atau sekurang-kurangya tidak bersetongkol dengan sizalim.
Namun sedarkah tuan bahawa disekeliling tuan banyak mulut-mulut orang yang dizalimi berdoa agar Allah membalas mereka yang zalim dan tuan tidak terkecuali sebagai penzalim . Suara-suara anak kecil yang tiada dosa dipisahkan dengan ayah meng ’amin’ kan doa agar sizalim dibalasi….. doa mereka pasti akan dimakbulkan oleh Allah . Kerana rasul menjelaskan doa mereka yang dizalimi tidak ada hijab dengan Allah. Apakah selama ini suara tuan membaca ayat- al quran yang memukau kami … hujjah tuan bersandarkan hadis dan sirah yang memikat kami itu mampu memadamkan dari Allah mengkabulkan doa-doa mereka yang dizalimi.
Batalkan memo … panggil semula mereka yang telah ditukarkan ….. hentikan pertukaran baru…. Jangan teruskan kezaliman ini ….. pastikan tangan
tuan yang ditadah untuk berdoa itu tidak digunakan bagi menzalimi pegawai tuan sendiri. Bertindaklah secara profesional ….. takutkan Allah…..
moga Allah mengolongkan tuan bersama para pejuang keADILan, para solihih para syuhadak yang gugur syahid untuk kebenaran dan moga
bersama para nabi dan Rasul.
BERSAMA MENEGAKKAN KEADILAN
Mohon maaf ….. jika terkasar ….
Ikhlas dari pegawai tuan
Kasih saya untuk tuan dunia akhirat
Itupun kalau tuan kasihkan diri tuan.
CIKGU KEDAH.
Surat ini juga untuk renungan mereka yang berada kementerian pendidikan dan bos-bos dipejabat. Jauhi kezaliman atau bersama mereka yang zalim…