TAKBURNYA HUSNI !!

Minggu lalu beberapa pemuda alternatif berjaya menyusup masuk ke suatu perjumpaan tertutup di antara Ahli Parlimen Tambun, Hj. Husni Hanadzlah dengaan ahli UMNO bertempat di Taman Perpaduan, Ulu Kinta.

Dalam perjumpaan itu, Hj. Husni memberitahu, bilangan rakyat yang senyap (majority silence) lebih ramai daripada yang menyokong alternatif. Walau pun beliau tidak menafikan kehadiran dalam ceramah PAS dan Alternatif biasanya melangkaui angka 20,000 orang pada satu-satu majlis ceramah umum oleh pemimpin peringkat nasional seperti Datuk Hassan Ali, YB Mohamed Sabu atau Tuan Guru Abd. Hadi Awang. Namun menurut Hj. Husni yang datang ke setiap majlis itu adalah mereka yang sama.

Dakwa Husni lagi, BN masih mampu bertahan kerana masih boleh berharap rakyat yang 'duduk atas pagar' (DAP). Justeru itu beliau mahu ahli UMNO dan para AJKnya berkempen bersungguh-sungguh bagi menawan kembali sokongan yang pergi ke alternatif. Rakyat DAP adalah sasaran utama mereka.

Jika benarlah dakwaan Husni itu, mengapakah beliau menganjurkan 'boikot' ke atas bekas ahli UMNO yang berhijrah ke BA. Mengapakah majlis sembahyang hajat tajaan UMNO tidak mendapat sambutan rakyat DAP? Mengapakah majlis perjumpaan ahli Parlimen itu seringkali dibuat secara menelefon, tidak dihebahkan kepada rakyat DAP? Kemenangan beliau adalah kerana undi Pos dalam kem Ulu Kinta berjumlah 7,000 undi. Kemenangan beliau adalah kerana peti undi di dalam  kem Cina Tanah Hitam pada pilihanraya umum lalu ditukarkan kesemuanya kertas undinya, apabila mendapati kaum Cina mengundi S46 dan PAS? Mengapakah beliau mengarahkan polis melakukan kerja penukaran itu, setelah PAS gagal meletakkan wakil mereka menjaga peti undi terbabit?

Hj Husni perlu tahu bahawa antara pilihanraya umum ke 9 dan ke 10 pasti ada perbedaannya. Semua calon UMNO perlu juga menyedari bahawa pilihanraya lalu menyaksikan BN melawan PAS/DAP/S46/PRM. Pada pilihanraya umum mendatang BN sebenarnya menentang RAKYAT!!