KERAJAAN PUTARBELITKAN LAPORAN ISU KERACUNAN DSAI

Pengalaman Lom Kong Bon yang memberikan keterangan palsu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal tahun ini berhubung ujian tompok air mani yang didakwa kepunyaan DSAI, membuktikan bahawa institusi kedoktoran di negara ini telah diperalatkan oleh kerajaan BN bagi menegakkan benang basahnya menafikan keracunan arsenik yang dialami DSAI.

Justeru itu martabat institusi kedotoran sudah dicemari oleh kepentingan politik BN dan hakikat kewibawaan sebuah makmal perubatan di Australia yang mengesahkan tahap kandungan arsenik sebanyak 77 kali ganda itu diabaikan.

Tindakan kerajaan meng'kuda' institusi kodoktoran dan memalsukan fakta berhubung dengan isu keracunan arsenik yang dialami DSAI amat dikesali. Kepentingan politik BN nampaknya nyata mengatasi hakikat sebenar dan kepentingan nyawa manusia yang tak berdosa!