DAIM ARAH HAPUSKAN PUNCA MAKLUMAT

Kes pembunuhan Dr. Tan yang dikatakan cuba melarikan diri dari pemeriksaan polis di Sg. Besi, dua minggu lalu ada kaitannya dengan arahan terbaru Mr. Daim Qarun. Daim Qarun mengarahkan sesiapa sahaja yang menjadi punca maklumat yang boleh membawa kepada kejatuhan moral dan sokongan kepada kerajaan BN supaya dihapuskan sahaja.

Justeru itu pihak polis dengan sedaya upayanya memihak dan mempertahankan kenyataan palsu bahawa DSAI tidak mengalami keracunan arsenik sebagaimana laporan pakar perubatan HUKM yang dikenakan tekanan.

Sumber yang rapat dengan Dr. Tan memberitahu bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab terus mengesahkan keracunan arsenik yang dialami oleh DSAI. Arahan pertukaran yang beliau terima mengakibatkan HKL tidak dapat menyelia beliau dan memastikan maklumat tidak dibocorkan.

Justeru itu hanya 'bunuh' merupakan alternatif yang ada supaya maklumat yang tersimpan dikuburkan bersama Dr. Tan.