Oleh: Colonel (r)
Saya ingin mengulas dengan merujuk kepada artikel berikut:
Rancangan Mahathir Untuk Memfitnah Keluarga DSAI dan Parti
Keadilan Nasional (https://members.tripod.com/~mahazalimd/250999xc.html)
Satu lagi perancangan jahat sedang dirancang. Kali ini terhadap anak-anak DSAI. Pertama spesifik terhadap Nurul Izzah. Kedua untuk adik-adiknya yang kecil. Bagi anak-anak DSAI yang kecil, mereka merancang untuk menakut-nakutkan mereka dan DSWA.
Bentuk ancaman adalah kecederaan (hanya jika terpaksa - maut) termasuk mereka yang mengiringi adik-adik ini. Dengan itu peringatan saya agar sekelian berwaspada. Kaum keluarga diminta dapat membantu. Saya rasa kepakaran Dato Wan Ismail dapat membantu dalam hal ini.
Tetapi yang hangat dirancang dan sedang diusahakan (telah mula dilaksana) ialah ancaman terhadap Nurul Izzah. Perancangan mereka mempunyai pelbagai kaedah. Pertama, kaedah fitnah melalui pendapat dan kata-kata dari rakan-rakan NI dengan mencerita (mereka-rekakan) episod-episod yang kurang manis. (Ringkasnya - macam dilakukan terhadap gadis 15 tahun yang diperkosakan bagi merosakkan imej beliau).
Kaedah ini sebenarnya pernah tersebar sebentar di peringkat awal perjuangan reformasi dulu (saya pernah menerimanya – ada dalam laman anti-reformasi) walaupun sebarannya kurang meluas. Kaedah kedua, lebih dalam bentuk fisikal. Antara yang akan digunakan ialah memperkosa NI sendiri. Ini mungkin dilakukan oleh mereka yang akan berlagak sebagai penyokong reformasi atau juga salah seorang pengawal NI.
Perancangan untuk menahan reman NI adalah sebahagian untuk melaksanakan perancangan jahat mereka. Untuk Izzah, saudari perlu beringat. Elakkan suasana yang boleh menimbul fitnah. Elakkan tempat-tempat yang boleh menimbul syak. Banyakkan amalan ibadat dan tambahkan ilmu agama. Waspada dengan rakan-rakan yang disyaki. Maklumat saya terima menyebut hanya Nurul Izzah, tetapi perancangan serupa mungkin dilakukan terhadap adiknya (saya tak pasti nama). Ini mungkin kerana NI lebih dikawal rapi berbanding dengan adiknya walaupun dia kurang exposure.
Tujuan saya menulis ini sebagai peringatan agar berwaspada dengan perancangan jahat mereka. Saya akan terus bergaul dengan mereka untuk mendapat maklumat lanjut.
Lawan tetap lawan. Jangan patah semangat.