HORMATILAH PENDIRIAN PEMBANGKANG

Kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap parti-parti pembangkang negara ini semalam (5 Oktober) merupakan satu dari pencabulan terhadap amalan demokrasi yang menjadi tunjang dasar pemerintahan negara ini.

Dalam kenyataan itu Pak La B menyeru kepada parti-parti pembangang supaya 'kununnya' jangan menyebarkan maklumat yang salah kepada rakyat.

Justeru itu Pak La B didapati tidak menghormati parti-parti pembangkang. Beliau perlu lebih menghormati mereka dan pendirian mereka, dan terhadap apa yang diperjuangkan oleh parti-parti tersebut. Tidak timbul soal dakyah atau sebarang penyebaran maklumat yang salah sebagaimana yang didakwa.

Parti pembangkang juga tidak pernah cuba menahan atau menghalang parti kerajaan daripada menyiarkan dakyah mereka. Tindakan yang demikian adalah kerana parti-parti pembangkang lebih bersifat demokratik, walaupun BN atau parti kerajaan yang memerintah membolot kesemua media yang ada hari ini.

Jika rakyat tidak mahu menerima dakyah parti kerajaan dan masih memilih  setia mendengar kepada apa yang diperjuangkan serta gambaran sebenar parti alternatif, kesalahan itu tidak sewajarnya diletakkan ke atas parti pembangkang. Ia mungkin berpunca daripada ketidakpercayaan rakyat terhadap kebenaran yang disampaikan oleh parti kerajaan dan kebebasan media parti kerajaan BN yang memerintah.

Manakala tuduhan orang Islam yang sering digambarkan sebagai masyarakat yang lemah, mundur dalam segenap bidang termasuk pendidikan dan ekonomi, menghadapi banyak masalah sosial dan pelbagai imej negatif lain merupakan dakyah kerajaan BN semata-mata untuk memburuk-burukkan imej Islam dan penganutnya, dari sebuah parti Islam.