Oleh Cikgu Kedah
Kami guru-guru di Daerah Kota Setar terkejut dengan satu poster yang menjemput orang ramai untuk mendengar fitnah dari Ummi Hafilda. Dewan Sekolah
Kebangsaan Langgar yang terletak ditengah pekan Langgar dijadikan tempat ceramah beliau pada 6 Oktober 1999. Malam ini.
Untuk hari ini sudah dua pekeliling dihantar ke semua sekolah untuk tidak membenarkan guru terlibat dengan politik. Tapi nampaknya guru besar SKL nie
melanggar arahan pengarah.
Kita minta arahan segera dikeluarkan kepada sekolah untuk membatalkan program ceramah pada malam ini. Dulu pada tahun 1996 bila muslimat PAS kawasan
mengadakan program hari kesihatan. Pegawai PPD dengan kuasanya mengarahkan diberhentikan program itu serta merta. Pihak PAS akur. Walau pun tidak ada
satupun poster PAS yang tergantung di sekolah. Tidak ada kempen PAS yang diadakan. Hanya semata-mata kesihatan. Itupun diarah berhenti serta merta.
Oleh itu Pegawai PPD mesti bertindak segera bagi memastikan sekolah tidak dipergunakan untuk politik. Pengarah jangan tersenyum saja. Kalau program
ceramah malam ini diadakan juga kami para guru memang tidak akan patuh kepada sebarang arahan dari PPD atau Jabatan malah kementerian lantaran pegawai
peringkat atasan sendiri mengajar kami untuk membelakangkan pekeliling bulan Mei dan September lalu.
Pi mampuihlah dengan pekeliling..... apa nak dipeduli... guru besar tak ambil peduli.....
pegawai PPD pun tak peduli ..... pengarah pun tak peduli.....
apa kita para guru nie nak ikut ............. persetankan pekeliling yang sudah dipersetankan oleh guru besar... dipersetankan oleh Pegawai PPD dan
pengarah sendiri.....
Haji Kamaruddin..... dok lena lagi ka ?????????
Haji Hashim...... hang buat apa ????????? nak dapat calon kut tahun nie ...
minta maaaf... kini kami kurang hormat pada kalian... kerana kalian sendiri yang tidak menghormati diri kalian ......