SAMY..OH SAMY!!!

Datuk Samy Vellu akan menerima tamparan hebat kali ini apabila lebih ramai orang India mendakwa sudah membuat pertukaran alamat ke kawasan Ahli Parlimen Sg. Siput (U), bagi sama-sama menumbangkan Datuk Samy Vellu.

Datuk Samy pada pilihanraya umum lalu menang lebih 15,000 majoriti, apabila orang-orang Melayu dan kaum pribumi di Sg. Siput memilih beliau sebagai calon BN yang bertanding. Justeru kemenangan yang sebegitu besar, bukanlah satu 'tiket' bagi Samy Vellu untuk menghentam KeADILan dan bakal memenangi ahli parlimen Sg. Siput secara mudah.

Semalam beliau disitafkan sebagai berkata bahawa Parti Keadilan Nasional tidak akan dapat mewakili masyarakat Malaysia India di negara ini. Beliau mendakwa hanya Barisan Nasional (BN) dan MIC boleh dan akan terus mewakili masyarakat India seperti yang terbukti sejak 40 tahun lepas.

Samy mendakwa walaupun India adalah kumpulan etnik ketiga besar di Malaysia, tetapi KeADILan tidak melantik wakil India ke jawatan yang penting. Samy mendakwa sesetengah belia di negara ini menentang kerajaan kerana percaya "mereka akan mendapat keadilan di bawah Keadilan". Nama sama Keadilan tetapi kegiatan-kegiatan mereka tanpa keadilan. "Itulah Keadilan," kata Samy, yang jelas menentang keadilan dan ditentang keadilan!!!