MAHA FIRAUN PEMINAT SAYA NOMBOR 1
Oleh: Pembaca Minda Rakyat
Assalamualaikum… Sebagai pemerhati dan seorang member dan penyokong SEDARLAH. Disini saya cuma sekedar bertukar tukar pandangan dan buah fikiran
sahaja. Agak aneh tajuk tersebut diatas. Sememangnya sudah lama saya ingin menyatakan sesuatu apa yang terlintas dikepala saya selama ini.
Parti Alternatif (PA) terus terang (maaf jangan marah kalau saya kata) bahawa pergerakan anda memang sangat mudah dipatahkan oleh Siparti laknat
mahafirhaun,UMNO/BN. Ibarat pasukan bolasepak, bahawa PA sebagai pasukan kebangsaan Malaysia sedangkan UMNO sebagai team Brazil. Itu kenyataan nya.
Akan tetapi pada hakikatnya andaian sedemikian tidak dapat diterima. Sasaran utama ialah bagaimana hendak menentang manusia seperti nama Hitler atau
Mahafirhaun. Jika perlu tembak sampai mati.Tapi perlu diingat kubu mereka sangat kental dan sangat teratur. Mahathir adalah insan genius sedangkan
mahafirhaun insan terkutuk. Kenapakah manusia satu tubuh badan berperanan keduanya sekali?.
Peranan Mahathir setiap hari dinyata kan dikepala otak mass media beliau. Akan tetapi Mahafirhaun bagaimana?. Mahafirhaun hidup setelah jatuhnya DSAI
dari pangkuan Mahathir. Apakah peranannya (mahafirhaun) yang sebenar?.
Secara (directly) melalui fahaman saya setelah mengikuti perkembangan DSAI. Percayalah apapun orang sayang pada DSAI, sesungguhnya DSAI mengikut
ramalan saya akan dibunuh juga. Sekalipun Kita berdoa agar DSAI sembuh dari penyakit buatan arsenik, kenyataannya harapan beliau untuk hidup tidak
akan lama. Samaada melalui arsenik atau melaui cara lain.Ini kenyataan yang berani saya nyatakan. Orang yang membenci beliau tidak akan berhenti untuk
menghapuskannya. Sekali lagi ,esok atau akan datang DSAI pokoknya akan mati.
Sekarang Umi Hafilda mahu siapkan buku pasal DSAI. Azmin Ali kena tahan pasal terbabit dalam rusuhan dan Azizan sudah diijab kabul. Sekarang juga
Mahathir kata Anwar penghasut nombor satu. Semua ini sekedar cakap cakap untuk dapat perhatian sahaja. Cerita ini akan berlarutan lepas satu babak
akan bertukar kebabak lain sehingga seterusnya.
Yang paling utama ialah pertingkatkan tugas PA lagi. (untuk memberikan pandangan) Ini adalah seperti berikut. Dari segi percaturan politik
- Sering lakukan / tunjukkan persahabatan dengan semua parti pembangkang kepada semua rakyat.
- Terangkan niat yang baik dari kebolehan kesemua parti pembangkang jika UMNO tewas dan peranan mereka sebetulnya. (bagi mematahkan kata kata
Mahathir).
- Bagi saya bercantumlah PA dengan parti yang lain supaya menjadi satu parti sebelum undian dijalankan.(Parti pembangkang bersatulah, itu sasaran
yang terkuat supaya layak jahanamkan Mahafiraun).
- Ketua Parti PAS, Dato Fadzhil Noor (secara peribadi saya katakan bahawa muka dia ada kelambatan untuk layak jadi pemimpin). Kurang minat rakyat
kepada PAS juga sebenarnya berpunca melihat dari ketokohannya yang sangat jauh jika dibandingkan dengan ketokohan Mahathir.
- Dato Nik Aziz tolong bantu parti pembangkang dengan kata kata yang lebih menyentuh perasaan rakyat serta berikan jaminan yang sebenar untuk
kebaikan masa depan negara.
- Datin Wan Azizah mesti tunjukkan lebih (support), peranan harian beliau ialah tentang parti dan bukan besarkan dia pergi ke mahkamah. Rakyat
sangat sayang pada beliau. Beliau layak jadi pemimpin.
- PA perlu ada ‘special adviser’ dalam semua bidang baik orang tempatan mahu pun orang luar yang berkemahiran dalam memberikan pandangan dan
menjalankan bagaimana untuk mematahkan kubu UMNO ini. (sapertimana mahathir mendapatkan adviser dari Israel, dan mana mana negeri).
- Jangan lambat bidas segala teguran / bidasan dari UMNO.
- Buat atau lakukan secara yang tersendiri dalam menjalankan politik anda lebih lebih lagi jika percantuman semua parti pembangkang bergerak
stabil.
- Proses ekonomi, politik, perkauman, agama, antara negara luar, pendidikan, pertahanan, pertanian, soal sosial, sain dan teknologi, perantaraan
dengan orang desa dengan orang bandar, pembangunan dan lain nya mesti diperluaskan perlaksanaannya supaya nampak parti benar benar mahu menukar
parti yang sudah lama berjasa kepada rakyat, bangsa dan Negara.
DSAI apa perlu kita buat?
- Kalau takut dia mati sembunyikan saja beliau untuk sementara waktu.Sembunyikan daripada orang ketiga atau orang keempat.(bukan dari orang yang
terlibat dalam mana mana yang bersangkut paut dengan beliau, politik dan sebarang kroni kroni).
- DSAI susah untuk dikawal kerana anggota polis setentunya telah dipilih oleh orang Mahafirhaun. Oleh itu jangan berdiam diri dalam setiap langkah
dan ketika. Lagi sekali, paling mudah sembunyikan saja DSAI. Itu cara nya.
- Mesti ada detektif khas yang secara sembunyi sembunyi menjalankan tugas bagaimana dapat mendapatkan maklumat negatif para pemimpin pemimpin
UMNO. Tugas seperti dalam cerita ‘Mission Impossible’ sangat tepat buat masa kini. Boleh atur mainan saperti: (semua ini kerana Allah)
a) BN logikkan anwar (yang kuat agama) dalam rasuah, sodomi dan gila perempuan, kenapa tidak Mahathir. Saya rasa mahathir lebih logik rasuah
dan gila perempuan jika dibandingkan anwar. (terdengar ditelinga dari orang Cina dan India bahawa Mahathir mereka percaya ada simpan perempuan).
b) Buat helah , semestinya terdiri dari orang UMNO sendiri yang mahu keluar dan ingin masuk parti pembangkang supaya ‘plan’, kepada pemimpin
kuat Mahathir saperti kes khalwat atau rasuah misalan.
c) Cara diperendahkan anak anak Mahathir sangat baik akan tetapi ada lebih baik lagi jika dapat maklumat yang benar benar memalukan keluarga
mereka, sehingga mereka ini menjadi jatuh.
d) Jika para pembesar atau pemimpin UMNO keluar negeri, sekurang kurang nya Kita ada pengintip mana tahu ada perkara yang tidak baik mereka
lakukan.
e) Upah orang yang boleh dipercayai sebagai pengintip
- Buat sesuatu yang tidak terlintas difikiran para pemimpin UMNO.
- Umi Hafilda buat buku burukan DSAI. Untuk menangkis, buat buku pasal Azmin dan Samsidar , cerita sebenar mereka mengenai akan kebaikan DSAI dan
keluarganya. Atau kekurang ajar Umi dari pengetahuan Azmin berserta keluarga beliau.
- Buku pasal azizan dari kacamata Wan Azizah, ketika dan sesudah beliau berhenti bekerja sebagai pemandu kerita DSAI. Cerita Anwar dengan rakyat
yang sebenar serta kekuatannya terhadap agama. Macam macam lagi.
Perlaksanaan untuk hari Mengundi.
- Konsep rusuhan bukan konsep parti pembangkang. Tolong jangan lakukan. Usahakan secara aman. Tujuk Perasaan secara aman.
- Undang undang dan ketenteraan, Mahafirhaun telah menguasainya, segala corak pengundian macammana sekalipun buruknya akan berpihak kepada mereka.
Untuk itu ada kan perbincangan dengan pemimpin luar atau kebangsa bangsa bersatu (BB),supaya hari mengundi dapat mereka bantu (sapertimana BB
ketimor timor baru baru ini). Ini juga menjauhkan rancangan penyelewengan UMNO.
- Kekuasaan Raja Raja adalah dibawah kaki Mahafirhaun. Agung sudah terikat kuat dibawah pemimpin Mahafirhaun. Jika raja tak boleh berpolitik,
berikan peluang kepada keluarga mereka. Anak dan sanak saudara mereka supaya nanti nampak akan kelemahan Parti UMNO.
- Para sasterawan dan artis ,saya rasa tidak semua berpihak kepada UMNO. Untuk itu kenapa parti pembangkang tidak kaji dalam hal ini.
- Sebarkan tulisan tulisan mengenai Parti Pembangkang apabila Mahathir melawat kesatu satu negeri.
- Perbanyakkan dan perluaskan penyebaran edaran tulisan kebenaran Parti pembangkang di Sabah dan Sarawak. Apa yang didapati kurang terdapat
keyakinan disana.
Itulah saja dari pandangan saya. Mahafirhaun peminat saya nombor satu diwaktu ini, kerana kelakonannya setiap hari sangat real. Aktor kejam yang tepat
untuk filem hollywood akan datang.