Seperkara yang menarik perhatian apabila singgah di stesyen minyak Esso Jalan Sultanah ialah melihat banyaknya poster2 yang lekatkan ditiang2
stesyen minyak itu. Poster2 itu bukanlah tentang ceramah2 parti Alternatif. Poster yg dipamerkan itu ialah akaun2 yang belum dijelaskan kepada
syarikat minyak tersebut. Antara akaun2 yg terpampang ialah akaun Jamil Long, ketua penerangan umno pokok Sena. Tertulis disitu
"Kereta-kereta bernombor KAL33, KAV2020A, KAP633 tidak dibenarkan mengisi minyak
disini. Tuan punya Jamil Long". Apabila ditanya kepada tuan stesyen minyak itu, jamil long ini masih berhutang hampir RM2000 kepadanya,
gara2 mengisi minyak kereta. Katanya jamil long ini sudah tidak datang lagi mengisi minyak dan sekarang beralih ke stesyen minya lain. Kepada
tuanpunya2 stesyen minyak, tolong berhati2 bila jamil long ini datang, jangan bagi kredit, minta cash! Inilah ketua penerangan umno pokok sena,
tuan punya stesyen minyak yg melayu disonglap, kemudian dalam ceramahnya maki hamun orang. Kabarnya jamil long ini bekas S46! Kata Mahfuz
"Kalau nak kenai sapa jamil long, pi stesyen minyak Esso jalan sultanah, ataupun pi tanya kakitangan telekom alor setar."
======
Terbaca dalam satu laman mahazalim tentang guru di Sungai petani ditukarkan. Ini khabar dari kawasan parlimen pokok Sena. Seorang guru sekolah
menengah telah memberikan soalan2 peperiksaan kepada pelajarnya dalam satu peperiksaan sekolah. Apa yang menarik perhatian ialah terdapat
soalan2 yang boleh dikategorikan sebagai SOALAN REFORMASI. Maka melatahlah si pengarah pendidikan kedah, hasan hashim. Dipanggilnya guru
tersebut ke pejabatnya, disoal siasat. Akhirnya guru itu hendak ditukarkan. Hasan memberi dua pilihan kepada guru tersebut, sama ada di Perak
atau Pahang. Guru tersebut difahamkan tidak mahu menerima pilihan tersebut. Kelam kabut juga si hasan ini. Sampai sekarang guru tersebut masih
berada di sekolah itu. Beginilah cara kementerian pendidikan mendidik guru2 dengan ugutan2 supaya menyokong umno dan barisan nasional. Tetapi
para guru yg cerdik dan berilmu pengetahuan tidak akan mudah terpedaya. Para guru sememangnya 'up-to-date' dengan perkembangan politik semasa.
Mereka lebih tahu pilihan parti yg terbaik.
Khabar 10
=======
Cerita ini agak lama sedikit. Semasa datuk khalid, timbalan menteri pendidikan datang ke sekolah agama kedah 2 bulan yg lalu untuk merasmikan
satu majis, pengarah pendidikan kedah ini si hasan hashim telah membuat satu ucapan yg membodek. Memang menjadi tabiat hasan ini suka
menunjuk2 kepada org atasan. Dengan cara ini orang akan kata dia pengarah yang pandai dan rajin. Macamana pula si hasan membodek kali
ini? Dalam ucapannya dihadapan datuk khalid dia kata lebih kurang begini "Masa datuk sampai tadi tentunya datuk ada melihat bendera PAS
besar didepan pintu masuk di atas pokok. Sebenarnya saya dah datang kelmarin, saya tengok tak ada pun bendera pas. Malam tadi pun saya round
tengok, tak ada lagi. Pagi tadi masa saya sampai saya tengok dah ada. Besar pulak tu. Saya suruhlah pekerja sekolah ini buangkan. Depa tak
berani sebab tinggi. Saya percaya bendera itu bukan dipasang oleh pengetua sekolah ini." Dalam ucapan datuk khalid, dia sedikit pun tidak
menyentuh tentang bendera itu. Nampak sangat si hasan ini kaki bodek. Dia sorang yg nampak, dia ingat org lain pun tengok macam dia jugak.
Jadi sebelum dia jangka datuk khalid kenen (cannon) dia pasal bendera PAS depan sekolah itu, lebih baik dia defend diri dulu. Betul2lah muka
tak malu si pengarah pendidikan kedah ini. Moto pendidikan kedah 'Pendidikan Cemerlang, Kedah Gemilang, SiHasan Membodek Bukan Kepalang"
Patutlah setiap tahun, prestasi peperiksaan PTS, UPSR, PMR, SPM, STPM negeri kedah sentiasa dapat nombor SATU dari BAWAH! Sebabnya pengarah yg
ada sekarang lebih mengampu dan ikut sangat cakap najib dugong. Dengan cara mengugut dan menukarkan guru2 yang dianggap anti umno, sampai bila
pun tak akan cemerlang pendidikan kedah.
=========
Nota: Contoh soalan reformasi (bukan soalah sebenar yg dibuat oleh guru tersebut).
Daim, Mahathir dan Rafidah telah membuka satu syarikat bernama Syarikat SOWARA atau Songlap Wang Rakyat. Selepas setahun perniagaan itu telah
memberikan keuntungan bersih yang sangat memberansangkan iaitu sebanyak 300 juta. Sekiranya Daim mengeluarkan modal sebanyak 20 juta,
Mahathir 30 juta, manakalah Rafidah 10 juta. Tentukan keuntungan yang diperolehi oleh Mahathir berpandukan nisbah modal yang
dikeluarkan oleh ketiga-tiga mereka dalam Syarikat SOWARA tersebut. (Kesemua matawang dalam RM)
A. 50 juta
B. 100 juta
C. 150 juta
D. 300 juta
Mengikut perkiraan, jawapan itu ialah 150 juta. Seorang murid memberikan jawapan 300 juta. Apabila cikgu tanya sebab apa di jawab 300 juta?.
Katanya 'kesemua keuntungan itu adalah kepunyaan mahathir sebabnya Daim dan Rafidah adalah kroni dan proksi kepada mahathir.' Betul jugak
hujah murid itu! Markah penuh.