Keputusan pilihanraya melalui internet yang menyaksikan bahawa Barisan Alternatif (BA) masih mendahuluinya membuktikan bahawa golongan menengah sudah menolak sama sekali kepimpinan BN yang diterajui oleh UMNO.
Undian 6 peratus itu hanyalah sekadar simpati golongan berkenaan terhadap UMNO yang 'kununnya' berjasa kepada negara ini, dan melaksanakan berbagai agenda pembangunan untuk menaikkan martabat negara ke persada antarabangsa.
Keputusan pilihanraya yang dijalankan melalui internet di alamat http://vote.pollit.com/ hingga sekarang (8 Oktober 1999 hingga jam 6 pagi) merupakan pungutan suara daripada sejumlah 2,345 orang pengundi. Ia bagaimana pun atas kadar 2 orang yang mewakili setiap 1,000 orang dari sejumlah 1.2 juta pengguna internet berdaftar.
Internet di Malaysia pada masa kini dikuasai oleh golongan menengah Malaysia seperti kakitangan awam, kakitangan swasta, golongan profesional, korporat dan elit. Ia hanya melibatkan beberapa peratus sahaja di kalangan masyarakat bawahan.