BUKTI KONSFIRASI DALAM PEMBUNUHAN DR.TAI!

Pembunuhan Dr. Tai Eng Teck, seorang pegawai perubatan, pada malam 20 September lalu, adalah genap setahun DSAI dipukul dan dibelasah dalam sel tahanannya di Bukit Aman.

Dr. Tai, 29, yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor dilaporkan cedera parah selepas terkena tiga das tembakan. Beliau dikatakan kerapkali memasuki HUKM sebagaimana yang pernah dilaporkan dalam laman web reformasi terkemuka, Mahazalim.

Mengikut maklumat yang ada Dr. Tai adalah pegawai yang terlibat dalam pengesahan keracunan arsenik yang dialami oleh DSAI.

Siasatan awal polis mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat. Di bawah seksyen itu, seseorang tertuduh boleh dihukum gantung.

Walau bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa Tony di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang meringankan dakwaan membunuh dengan niat kepada membunuh tanpa niat.

Tiga das tembakan bukanlah satu tindakan tanpa niat bagi menghadapi seorang yang profesional seperti Dr. Tai yang pastinya sebagai golongan terpelajar tidak akan mengambil tindakan sebagaimana pelumba haram jalanan.

Maklumat yang ada juga mempercayai tindakan membunuh Dr. Tai adalah sebagai ugutan bahawa di kalangan doktor pakar yang terlibat dengan penyiasatan keracunan arsenik yang dialami oleh DSAI, akan menerima nasib yang sama jika tidak bekerjasama dengan konspirator yang mahu meracuni DSAI.

Tindakan meminda dari seksyen 302 kepada 304 Kanun Kesiksaan dilihat sebagai satu percubaan meringankan kesalahan yang dilakukan oleh Konstabel Tony Beliang yang nyata mempunyai niat serong dan dengan sengaja mahu membunuh Dr. Tai. Sebagai seorang pegawai polis yang bersenjata, Tony Beliang atau mana-mana anggota polis seharusnya berhati-hati menggunakan senjata mereka, bukan dengan sewenang-wenangnya melakukan tembakan sesuka hati.

Peristiwa pembunuhan Dr. Tai berlaku di sebuah kawasan lapang Stesen LRT Bandar Tasek Selatan, Cheras. Kejadian menembak doktor itu bermula ketika Tony dan seorang rakannya yang berpangkat lans koperal memeriksa sebuah kereta yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan di satu kawasan gelap di stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

Ton Beliang hanya ditangkap selepas sehari kejadian tersebut.