Ahli Parlimen Bahagian Tambun mempelopori lain-lain UMNO Bahagian di negeri ini dengan mengadakan majlis penerangan kepada ahli yang masih setia kepada parti itu, disebalik nama majlis kenduri kecil dan doa selamat.
Tektik ini berjaya dijalankan di beberapa cawangan UMNO dalam bahagian Tambun dan rakyat menyifatkan tertipu dengan undangan tuan rumah yang memperalatkan majlis doa selamat untuk kempen penerangan parti UMNO.
Walau pun kehadiran yang biasa dilaporkan sekitar lima belas hingga dua puluh orang, namun ia dirasakan memadai bagi UMNO untuk menyatakan dakyahnya bagi keperluan ahli-ahli.
Mengikut amalan beberapa majlis terdahulu, majlis doa selamat bertukar menjadi majlis penerangan apabila Husni Hanadzlah dijemput secara 'terancang' bagi mengelirukan jiran yang hadir. Antara majlis yang dikesan itu ialah bagi cawangan UMNO Jalan Jelapang yang akan diadakan majlis doa selamatnya pada 9 Oktober ini, dirumah seorang wanita tua yang diperalatkan oleh UMNO cawangan tersebut, dikenali sebagai Makcik Mariam.