LAPORAN POLIS DEWAN PEMUDA PAS KEDAH TERHADA UMI HAFILDA   

Pada 8 Oktober 1999 jam 10.30 pagi bertempat di Ibupejabat Polis daerah Kota Setar Sdr. Aris Awang , Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat laporan polis berhubung dengan ceramah yang disampaikan oleh Umi Hafilda berkaitan fitnahnya menuduh DSAI peliwat.   Satu majlis sidang media diadakan selepas itu di pejabat Dewan Pemuda PAS kedah dengan dihadiri oleh para wartawan akhbar harian tempatan.

    Dewan Pemuda PAs negeri Kedah merakamkan terima kasih kepada ahli dan penyokong PAS yang turut sama dalam penyerahan laporan polis berkenaan. Sijap dan tindakan polis menerima kehadiran kami sangat kami sanjung tinggi. Tidak lupa kepada para wartawan yang sedia bersama dalam sidang media yang diadakan.

Kepada pemimpin UMNO terutama bahagian Pokok Sena ; Mat Lebai Sudin.... Tok Sheikh Elias... tok hajjah Zainah... pak wan Hanapiah .... apakah anda tidak merasa jijik dengan tingkah laku Umi Hafilda ... dimana maruah anda ? Anda bersetongkol dengan ahli maksiat ... anda lebih senang mendengar ucapan umi dari ucapan ulamak seperti Prof. Dr. Harun Din...

Setiausaha

Dewan Pemuda PAS Kedah

LAPORAN POLIS

TERHADAP CERAMAH UMMI HAFILDA BINTI ALI

KERANA TELAH MELANGGAR PERINTAH MAHKAMAH TINGGI

KUALA LUMPUR .

Saya Aris bin Awang, nombor kad pengenalan 630617025029, selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah beralamat No. 9, Taman Samudera, Jalan Kelang Tebu, 05400 Alor Setar, Kedah membuat laporan polis terhadap Ummi Halfida binti Ali yang telah melanggar perintah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Arifin Jaka yang tidak membenarkan sesiapapun bercakap mengenai dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kes tersebut sedang dibicarakan.

Ucapan yang melanggar perintah Mahkamah Tinggi tersebut telah dibuat oleh Ummi Hafilda di dalam satu majlis ceramah UMNO Bahagian Pokok Sena pada 6 Oktober 1999, hari Rabu, jam lebih kurang 10.40 malam di Dewan Sekolah Kebangsaan Langgar. Antara pemimpin UMNO yang turut hadir dalam majlis ceramah tersebut ialah Datuk Wan Hanafiah Wan Mat Saman, Datuk Sheikh Alias Mustaffa, Ahmad Lebai Sudin, Hjh Zainab dan Jamil Long sebagai pengerusi majlis.

Antara isi kandungan ucapan beliau yang telah melanggar perintah Mahkamah Tinggi tersebut ialah beliau menceritakan kisah Azizan Abu Bakar di liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti berikut, " Azizan menjadi mangsa liwat Anwar sebanyak 15 kali, saya menjadi pening lalat kerana sukar mempercayai bab liwat itu kerana ia bukan budaya kita. Dia dapat menceritakan secara terperinci bagaimana buat pertama kalinya dia diliwat di banglo mewah Port Dickson dengan darah mencurah-curah keluar, dia berlari sepanjang pantai menahan kesakitan, bagaimana dia dibayar RM50.00 hingga ke RM300.00 setiap kali diliwat, bagaimana dalam brief case Anwar sentiasa ada satu krim dan satu alat untuk menyedut najis sebelum diadakan liwat, bagaimana permainan mereka 3 serangkai, antara dia (Azizan), Sukma dan Anwar yang menyebab saya menjadi tenganga-nganga pakcik dan makcik-makcik"

Saya membuat laporan ini untuk meminta pihak polis membuat siasatan terhadap Ummi Hafilda Ali yang telah melanggar serta menghina Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah mengeluarkan arahan melarang sesiapa juga bercakap mengenai kes tersebut.

Sekian laporan saya.

ARIS BIN AWANG
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
8 Oktober 1999