Isu penguguran 'negara Islam' dalam manifesto bersama Barisan Alternatif, bukanlah sesuatu yang menyatakan kegagalan di pihak PAS. Ini adalah kerana perjuangan bersama empat parti dalam Barisan Alternatif (BA) disamping PKN, DAP dan PRM, ialah untuk meruntuhkan dan melenyapkan kerajaan BN dan menggantikan dengan kerajaan baru Alternatif.
Umat Islam tidak perlu berasa bimbang di dalam menangani isu yang cuba diperbesar-besarkan oleh UMNO yang kemudiannya menuduh PAS sanggup menggadai perjuangan Islam demi mencapai kemenangan dalam pilihanraya.
Hakikatnya PAS tidak pernah berubah dari sudut perjuangan dan sejak ditubuhkan kira-kira 48 tahun lalu, PAS tetap mempertahankan pendirian untuk mendaulahkan negara Islam di bumit tercinta.
Gugur dimanifesto bukanlah bererti gugur dasar perjuangannya!! Usah keliru dengan dakyah parti lawan terutama UMNO yang tidak pernah menjadikan Islam agenda perubahan politiknya.