YANG JELAS KERAJAAN 'UMNO'LAH MENGHINA MAHKAMAH!

Kenyataan TPM Pak Lah B semalam bahawa kerajaan tidak berhasrat membuat sesuatu perkara yang boleh menghina atau campur tangan serta mencabar kewibawaan mahkamah dengan niat mempengaruhi mahkamah supaya membuat keputusan menyebelahi kerajaan sebagai menegakkan benang basahnya.

Pak Lah B mendakwa kerajaan hanya memberitahu rakyat mengenai apa yang diumumkan oleh mahkamah dan bukan mengenai perkara yang sedang berlaku di mahkamah. Namun apa yang berlaku Isnin lalu bahawa Pah Lah telah mendahului lain-lain menteri, hatta laporan HUKM di mahkmah, berhubung dengan hasil siasatan keracunan DSAI dengan kenyataannya yang secara terang lagi bersuluh menafikan 'keracunan arsenik' DSAI.

Mahkamah pula jelas bersifat tidak adil, kerana pemimpin kerajaan dibenar mempersoalkan sesuatu yang sedang dibicarakan, manakala pembangkang dan rakyat tidak boleh mempersoalkan keputusan mahkamah, mempersoalkan kewibawaan hakim dan sebagainya.

UMNO mahu bertindak melebihi kuasa yang ada pada polis yang bertindak menjaga ketenteraman awam. Siapakah UMNO mahu berbuat demikian?

Apakah Undang-undang di negara ini harus berada di bawah telunjuk UMNO? Tidakkah sebagaimana dakwa Karpal Singh, tindakan UMNO membuat laporan polis itu hanya mengganggu tugasnya sebagai peguam bela kepada DSAI selain mengugut dan mengancamnya dalam menjalankan tugasnya itu. Beliau juga berkata dengan membuat laporan polis itu, Umno telah menghina mahkamah.