Peguam Karpal Singh semalam meminta Peguam Negara Tan Sri Mohtar Dugong mengkaji aduan polis yang dibuat Umno terhadapnya kelmarin, kerana ia
membabitkan penghinaan mahkamah.
Karpal berkata dengan membuat aduan polis itu Umno cuba mencampuri tugasnya sebagai peguam bela Datu Seri Anwar Ibrahim.
Karpal yang juga anggota Parlimen Jelutong berkata itindakan itu bererti mengugut dan menakutkan beliau dari segi tugasnya sebagai peguam bela.
"Jelas aduan itu bererti menghina mahkamah, dengan mengambil kira pengumuman Hakim Ariffin Jaka pada hari Selasa, tiada siapa harus membuat
sebarang kenyataan berkaitan perbicaraan Anwar yang sedang berjalan sekarang," katanya.
Umno membuat aduan polis itu terhadap Karpal berkaitan kenyataannya di mahkamah semasa perbicaraan Anwar.