Pengakuan Tan Sri Khalil Yaacob, bahawa Umno, sebagai parti yang terbesar dalam kerajaan, perlu bergerak pantas untuk memerangi 'kununnya' dakwaan
fitnah dan pembohongan parti-parti pembangkang membuktikan bahawa parti itu masih ketinggalan dalam penyebaran maklumat meskipun mereka menguasai
semua jenis media di negara ini.
Justeru itu rakyat perlu menghargai kebebasan media internet serta laporan yang adil dan tidak berat sebelah. Kini internet menjadi satu-satunya
saluran media yang masih telus dan terus berfungsi membantu parti pembangkang meneruskan agenda penyebaran maklumat, selain majlis ceramah yang
dianjurkan saban hari.
Akibat media yang sepenuhnya dibolot oleh kerajaan BN, maka internet merupakan saluran utama di mana segala maklumat yang diperlukan di pihak pembangkang boleh diperolehi dengan mudah dan menjimatkan.
Rakyat diseru supaya menyebarkan maklumat yang diperolehi dengan cetakan kepada mereka yang masih belum memiliki internet. Kepada yang berkemampuan sila dapatkan bekalan internet demi saluran maklumat yang telus dan adil serta tidak berat sebelah.
Penerimaan saluran internet oleh lebih 1 juta pengguna berdaftar di negara ini membuktikan tiada fitnah yang disalurkan melainkan internet gemar mempaparkan penyelewengan dan kelemahan di pihak kerajaan BN dan pemimpin mereka yang zalim!