SIAPA NAJIB, PAS DAN DAP?

Kenyataan Najib Razak yang menilai pakatan PAS dan DAP untuk menjatuhkan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang sebagai satu pakatan yang rapuh kerana kedua-dua parti itu mempunyai ideologi yang amat berbeza, amat lemah sekali.

Memang dasar 'buaya' tidak melihat kebenaran bahawa pakatan pembangkang bertunjang kepada keadilan dan kebebasan yang tidak wujud lagi dalam kerajaan BN atau paerjuangan UMNO.

Tidak penting dari segi ideologi dan matlamat perjuangannya yang berbeza, asalkan perjuangan itu untuk memberikan keadilan kepada rakyat tentang hak mereka serta jaminan kebebasan bersuara kepada rakyat untuk mengkritik demi kebaikan bersama.

Justeru itu Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz berpandangan bahawa atas dasar inilah PAS, DAP, KeADILan dan PRM mampu bergabung dan mereka akan membentuk satu pakatan yang kuat atas lonjakan keadilan dan kebebasan bersuara.

Dengan bertindak menyertai pakatan itu juga Tuan Guru Nik Aziz menegaskan bahawa PAS sekali-kali tidak menggadaikan dasar perjuangannya bagi mendaulahkan sebuah negara Islam.