UMNO LANCAR PERANG TERHADAP PEMBANGKANG!!

Antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat MT UMNO pagi tadi ialah bahawa parti itu akan melancarkan perang melawan propaganda BA yang disifatkan mereka sebagai bohong dan fitnah.

Perkara ini dinyatakan oleh Maha Firaun sebaik sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat MT UMNO hari ini (9 Oktober). Maha Firaun itu mengakui adanya kenyataan yang bertentangan dari parti lawan yang disifatkannya sebagai 'fitnah dan pembohongan' untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan BN.

Hakikatnya rakyat lebih peka dalam menangani mana satu fitnah dan kebenaran sebagaimana dakwaan Maha Firaun itu dan samasekali menolak berita media kerajaan yang disifatkan beratsebelah dan tidak benar.

Justeru itu rakyat menolak sebarang kempen yang telah dan akan dijalankan oleh kerajaan BN secara berterusan sehingga diadakan pilihanraya umum.

Rusuhan yang ditimbulkan oleh provokasi polis di ibukota baru-baru ini berlaku berikutan dengan tindakan kerajaan mahu melenyapkan pandangan dan kritikan rakyat dari disampaikan kepada YDP Agong. Tindakan mencabul hak asasi manusia dengan melakukan 'diskriminasi' terhadap DSAI melalui pelbagai sekatan dan percubaan membunuhnya, cuba disembunyikan daripada rakyat jelata.

Kerajaan BN Maha Firaun lebih mementingkan keduniaan dengan mengenepikan hak seseorang dalam sebuah negara demokrasi yang merdeka. Rakyat pula dituduh melakukan perhimpunan haram sehingga merosakkan imej dan menghalang pemulihan ekonomi negara serta menimbulkan ketakutan kepada pelancong dan pelabur. Rakyat tidak jemu menyarankan supaya Maha Firaun itu segera membubarkan Parlimen supaya kerajaan baru dapat dipilih.

Di pihak kerajaan, tindakan 'membunuh' DSAI dilakukan secara halus melalui pelbagai cara untuk menamatkan sahaja karier politik beliau dan dengan harapan rakyat kembali menyokong kepimpinan Maha Firaun.

Namun di sisi rakyat, mereka sudah membuat keputusan bahawa kerajaan sezalim pemerintahan Maha Firaun tidak akan diterima lagi. Bahkan mereka sentiasa berdoa semoga segera pilihanraya dibubarkan bagi mereka mengadili kezaliman kerajaan yang memerintah selama ini, setelah melakukan berbagai pencabulan dengan merompak khazanah negara dan pembahagian kekayaan negara secara tidak adil.

Hakikat agenda pembangunan yang dilaungkan tidak sampai ke mana kerana sebahagian besar rakyat masih menderita dan hidup melarat.