KAKITANGAN KERAJAAN PULAU MAJLIS RASMI

Demi melaksanakan 'isyarat' krisis sokongan terhadap kerajaan BN, kakitangan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan melaksanakan tindakan memulaukan majlis perasmian pameran 'Cetusan Rasa' yang diadakan di Muzium Darul Ridzuan pagi Sabtu 9 Oktober.

Majlis perasmian yang dilaksanakan oleh ahli Dewan Undangan Negeri Ulu Kinta, Dato Hajjah Mazidah Zakaria itu dihadiri oleh tidak sampai 10 orang jemputan rasmi yang dikhaskan kepada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan pegawai-pegawai kanan. Majlis perasmian itu menyaksikan tidak ada seorang pun ketua Jabatan dan pegawai kanan yang hadir, melainkan oleh pegawai kerajaan peringkat bawah kira-kira 6 atau 7 orang sahaja.

Majlis tersebut sepatutnya dirasmikan oleh MB Perak Tan Sri Ramli Marcos, digantikan oleh Dato Mazidah disaat akhir disebabkan beliau (Ramli Marcos) perlu hadir ke mesyuarat MT UMNO di PWTC pada masa yang sama.

Majlis perasmian pameran Cetusan Rasa II itu dipenohi oleh kira-kira lebih 20 orang artis yang mempaparkan hasil nukilan masing-masing di perkarangan Muzium Darul Ridzuan dan kanak-kanak sekolah yang hadir untuk menyaksikan pameran tersebut.

Sekalung tahniah kepada kakitangan kerajaan negeri Perak dari Minda Rakyat dan saksikanlah itu sebagai satu isyarat kepada Ramli Marcos dan kepimpinannya serta kerajaan BN bahawa kepimpinan anda sudah diambang keruntuhan!