MAHATHIR: RAJA KELENTONG MALAYSIA

Bekas Ahli Parlimen Kota Melaka, Lim Guan Eng menyatakan bahawa sikap berpura-pura dan suka berbohong, menyebabkan rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PM Mahathir.

Ini ditambah lagi apabila pembohongan itu dilakukan secara terang-terangan. Beliau merujuk contoh pembohongan yang dilakukan oleh Mahathir setahun lalu, apabila DSAI telah ditahan di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA) pada 20 September, 1998.

Selepas kira-kira dua minggu berada dalam tahanan, DSAI dilihat mengalami kecederaan teruk dengan matanya lebam dan bengkak. Ini dapat lihat oleh seluruh rakyat yang menyiarkan berita bergambar kecederaan DSAI.

PM Mahathir menyifatkan kejadian itu sebagai percubaan DSAI memukul dirinya sendiri hingga lebam sedemikian sehingga pengsan.

Namun apabila satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja dibentuk menyiasat kecederaan tersebut, maka selepas kira-kira 6 bulan kemudian didapati Rahim Noor telah mengaku bertanggungjawab membelasah DSAI dengan mata tertutup dan tangan digari. Inilah satu bukti pembohongan Mahathir.

Antara bukti lain Mahathir berbohong ialah apabila beliau mendakwa Malaysia sudah mengalami pemulihan ekonomi. Lim berkata, kedudukan ekonomi Malaysia diambang keraguan oleh pakar ekonomi negara barat hingga menyebabkan negara terpaksa membayar faedah 1 peratus lebih tinggi berbanding Thai dan Korea Selatan, dalam percubaan negara meminjam US1 bilion dari negara barat.

Selain itu, dalam kes Azizan Abu Bakar yang ditangkap berkhalwat, Mahathir cuba melindungi saksi utama kes perbicaraan liwat 'palsu' DSAI. Beliau menganggap penangkapan Azizan berkhalwat sebagai 'satu konsfirasi' untuk menjatuhkan kredebiliti saksi tersebut.

Mahathir meneruskan pembohongannya lagi dengan mengatakan bahawa keracunan arsenik yang dialami oleh DSAI itu dilakukan oleh keluarganya sendiri atau lebih tepat dilakukan oleh DSAI. Kemudian beliau berbohong melalui laporan HUKM bahawa tiada keracunan arsenik yang didakwa oleh DSAI melalui peguamnya, Karpal Singh. Mahathir seterusnya menuduh DSAI sebagai berbohong dalam perkara ini.

Pembohongan demi pembohongan yang dilakukan Mahathir sudah tidak dapat diterima oleh rakyat. Justeru itu, Mahathir layak dipanggil Raja Kelentong Malaysia.

Lim berucap demikian dalam sessi ceramah umumnya di Kg. Bahagia, Sg. Siput (U), malam tadi.