MAKLUMAT LANJUT SEMALAM

Oleh Mr. Canggih

Ini adalah maklumat lanjut pemulauan ke atas majlis perasmian Curahan Rasa II semalam. Sebanyak 150 buah kerusi disediakan untuk tetamu kenamaan yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai biasa. Majlis bermula kira-kira jam 10 pagi. Sebaik sahaja Dato Mazidah nak memulakan ucapan turun hujan gerimis. Hujan bagaimana pun berhenti selepas beliau menamatkan ucapan perasmiannya.

Jumlah makanan yang disediakan almaklum untuk 150 orang bagaimana banyaknya. Tambahan majlis ini adalah perasmian yang sepatutnya dilakukan oleh MB. Surat jemputan rasmi telah dikeluarkan beberapa hari lalu memaksa setiap jabatan kerajaan di Lembah Kinta menghantar sekurang-kurangnya 5 pegawai ke majlis perasmian ini.

Di pentas rasmi sebegini, dijangkakan Ramli Marcos akan bercakap mengenai isu politik kerana kebiasaannya beliau berbuat demikian sebelum ini. Muzium Perak Darul Ridzuan terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh, bersebelahan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kejadian pemulauan ini telah terjadi beberapa kali sebelum ini tetapi tidaklah sehebat ini. Kepada kakitangan kerajaan negeri di seluruh daerah dalam negeri Perak dan juga di seluruh Malaysia yang membaca artikel ini. Anda adalah agen perubahan kepada tumbangnya kerajaan BN dan pimpinan UMNO.

Anda seramai kira-kira hampir 1 juta bertanggungjawab menentukan kerajaan yang memerintah selepas ini terdiri dari kerajaan yang bebas, adil dan saksama. Mungkin fikiran orang-orang kampong tidak sebagaimana terbukanya fikiran anda. Anda terdedah kepada berbagai penyelewengan dan arahan langsung yang dibuat oleh kepimpinan samada dalam bentuk arahan lisan atau pengagihan kontrak-kontrak. Mungkin rakyat di luar sana tidak tahu bagaimana Maha Firaun dan kuncu-kuncunya merampas khazanah negara ini melalui pembahagian projek dan pengaliran wang ke atas sesuatu projek untuk kepentingan kroni.

Saya membuat saranan ini sedarlah anda. Jangan menjadi pak turut sahaja, seperti lembu dicucuk hidung. Jika 1 juta undi anda berpihak kepada kerajaan Alternatif, insyaAllah tumbanglah kerajaan BN yang zalim itu. Tentu kehidupan anda sebagai kakitangan kerajaan juga akan bertambah baik. Gaji dibayar mengikut takwim Islam ada 12 bulan setengah setahun. Kerja 5 hari seminggu. Cuti bersalin untuk suami dan isteri lebih selesa dan panjang. Apa lagi yang anda nantikan hanya hari mengundi dan buatlah perubahan. Jaminan keadilan generasi akan datang bergantung di tangan anda.

Sekali lagi saya seru, buatlah perubahan. Jangan takut kepada ugutan!