Kaum Cina Tuntut Jawatan TPM II?

24 September, 1999


Dengan terkemukanya rayuan 17-perkara oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat Cina di negara ini, maka dapatlah dirumuskan bahawa presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik, berbohong melalui media dengan kenyataannya minggu lalu bahawa 99 peratus dari bilangan masyarakat Cina negara inii akan mengundi BN dalam pilihanraya umum negara akan datang.

Ini berikutan beberapa tuntutan dikemukakan lebih 1,900 pertubuhan masyarakat Cina itu termasuk soal jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua. Rayuan itu bukan syarat atau ancaman, ia sebaliknya menyentuh perkara-perkara yang mempunyai nilai sejagat seperti, mempertingkatkan perpaduan dan demokrasi, menegakkan hak asasi manusia dan keadilan serta dasar ekonomi yang lebih adil dan saksama.

Dr Ling telah menjelaskan perkara itu kepada  pemimpin parti-parti masyarakat Cina, dengan wakil-wakil daripada Persekutuan Dewan-dewan Perniagaan Cina, Persekutuan Persatuan-persatuan Cina dan 11 persatuan kebangsaan Cina yang ditemui di pejabatnya semalam.

Dr. Ling menafikan bahawa rayuan 17 perkara itu untuk pilihanraya akan datang, sebaliknya ia telah disensasikan oleh media. Tuntutan TPM bagi masyarakatt Cina itu juga tiada, katanya. Dr Ling setterusnya mendakwa, rayuan itu membawa kata sepakat di kalangan masyarakat Cina dan mewakili 99 peratus masyarakat Cina di Malaysia.