Najib Razak Berbohong!!!

24 September, 1999


Beberapa minggu lalu, Najib Razak, selaku Menteri Pendidikan telah memfitnah bahawa kebanyakan pelajar di Universiti Al-Azhar, Mesir yang gagal ialah mereka yang terdiri dari anggota dan ahli-ahli PAS.

Semalam, Presiden Universiti Al-Azhar itu, Prof Dr Ahmed Omar Hashim menyifatkan pelajar Malaysia sebagai rajin, tekun dan berakhlak tinggi serta menjadi kebanggaan universiti yang terkemuka di Mesir itu.

Beliau berkata mereka juga cemerlang di dalam pendidikan dan bilangan yang gagal amat kecil, berpunca daripada masalah penguasaan bahasa Arab. Menurut Prof Dr Ahmed Omar, kini terdapat 6,000 pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di universiti itu.

Beliau berkata dalam usaha mengatasi masalah penguasaan bahasa, universiti itu telah mewujudkan program khas bagi pelajar yang lemah di samping mengarahkan pensyarah menggunakan bahasa Arab baku.